Pages

Tuesday, September 21, 2010

Kabad/Kabait the chemistry view!

First time kat blog nak citer psal kimia nieyh,huh.......so,here we go!

Ingat tak/pernah nampak kabad tak???alah,yang orang guna untuk matangkan buah tu.......tak ye pown kegunaannyer yang paling famous:bahan utama untuk meriam buluh (sekarang mcm2 meriam ade,meriam tong ridsect,meriam paip pvc,meriam palong simen,yang besi pown ade).Sebelum apa2,kabad bukan bahan dalam belerang mercun ek!diorang nieyh xde kaitan pown,kite akan cerita pasal belerang later!

Jenama kabad yang paling famous selalunyer cap nanas ngan cap pelita.Ade gak yang jenama laen,tapi dua nie la yang paling top......untuk kegunaan meriam sye recommendkan pakai cap pelita,KUAT NAK MAMPOS!!!! (^_*).Ini adalah berdasarkan pengalaman!Nie sye punye kabad,baru beli ari isnin,cap nanas,ingat nak beli cap pelita,tapi orang hardware tue kate nie je ade:

Baca leklok,cap nanas,ok?

Let's look the chemistry view,name sebenar kabad nie kalsium karbida(calcium carbide,tue pasal orang panggil kabad,diambil dari "carbide" tue la).Formula kimia:CaC2 ,bahan tulen berbentuk kristal tidak berwarna,tetapi kebanyakan sampel berbeza dari putih ke coklat,jadi yang kite beli dari hardware tue x la tulen sampai lab reagent grade,tetapi masih boleh digunakan untuk menghasilkan gas asetilena(acetylene).
Untuk jadikan kegunaan makmalku! :P
Penghasilan kalsium karbida ini adalah dengan cara mencampurkan kalsium oksida dan kok(arang batu) bersama di dalam relau arka elektrik pada suhu lebih kurang 2000°C.Reaksi kimia yang berlaku adalah seperti berikut:

CaO + 3 C → CaC2 + CO

Suhu setinggi itu pasti tidak tercapai oleh pembakaran biasa,jadi reaksi ini dijalankan di dalam relau arka elektrik dengan elektrod grafit.Hasil reaksi ini puratanya 80% kalsium karbida berdasarkan berat.Bahan asing yang ade dekat dalam produk reaksi itu kadangkala mengandungi phosphide,akan melepaskan fosfin(phosphine) jika dihidrolisis.Cara penghasilan kalsium karbida melalui proses relau arka elektrik ini ditemukan oleh  T. L Willson and H. Moissan pada tahun 1888 dan 1892.

Aplikasinya,kalsium karbida digunakan untuk menghasilkan asetilena.Gas asetilena ini dehasilkan dengan cara mencampurkan kalsium karbida bersama air,persamaan kimia adalah seperti berikut:

CaC2 + 2 H2O → C2H2 + Ca(OH)2


Reaksi ini telah ditemukan oleh  Friedrich Wöhler.Dengan cara inilah gas asetilena dibuat secara industrial.Di China,gas asetilena dihasilkan dengan cara ini menjadi bahan mentah di dalam industri kimia,terutamanya dalam penghasilan polivinyl klorida.

Pada suhu tinggi,ia bertindak balas dengan nitrogen membentuk kalsium sianamida:

CaC2 + N2 → CaCN2 + C

Kalsium sianamida digunakan sebagai baja.

Dalam proses mematangkan buah,kalsium karbida menjadi sumber gas asetilena,dimana ia adalah ejen pematangan,sama seperti etilena(ethylene).Cuba korang bukak guni buah pisang muda ke,nangka ke cempedak ke,kadang2 jumpe adek kecil kita nieyh! (^_^)

Gas asetilena yang diceritakan sebentar tadi juga menjadi bahan bakar di dalam lampu kabad,malas sikit la nak cerita pasal lampu nieyh,pandai2 la cari ye!Nie gambarnye:

Maklumat tambahan kalsium karbida:
1.Jisim molar:64.099 g/mol
2.Ketumpatan:2.22 g/cm3
3.Tahap lebur:2160 °C
4.Tahap didih:2300 °C
5.Kelarutan dalam air:Mengurai
6.Rating NFPA 704:Flamabiliy:3,Health:3,Reactivity:2,Special:Non-compactible with water.

So,ape si usop nak wat dengan kabad-kabad yang dibelinye tue?hehehe.......nnti aku cerita ek!
Salam,bye!!!

9 comments:

Anonymous said...

good info

Anonymous said...

Very informative

Anonymous said...

That cutting mat . Mcm gunpla builder je ni haha

Unknown said...

beli kat kedai mana ya ? sy cari carbide ni skrg..

Unknown said...

dekat mana nak beli

perakman said...

Kedai hardware atau kedai runcit kampung

perakman said...

Bro info bagus tapi warna tulisan ada yg sangat menyakitkan mata bikin menyampah membaca,contoh warna kuning memang x sesuai digunakan.

Anonymous said...

Guna dark mode ok, background hitam. Kalau putih jangan

L41 said...

Beracun