Pages

Thursday, July 14, 2011

Potassium:Kecil-kecil yakuza alam kimia :D

Hurm,assalamualaikum dan salam khairu ummah!~
Da lame gak tak di update blog ni kan?ni sebab kehidupan ketika ini semakin sibuk,bertambah pula dengan PMR yang semakin dekat,dakara,post di blog ni kurang sikit pada tahun ni.
Apa2 pun,kali ni nak citer pasal logam potassium plak lah.

Kenapa tajuk post ni "Potassium:Kecil-kecil yakuza alam kimia"?First sekali kita kena paham apa itu yakuza,yakuza ni perkataan jepun yang digunakan untuk merujuk kepada mafia,senang kata Yakuza=mafia,gengster.Di sebabkan potassium ni ialah diantara logam paling ringan,kita gunakan sifat kecil pada tajuk entry.Erm,rasenye mukaddimah entry ni dah panjang sangat,dakara,jom kita mulakan entry "Potassiumu:kagaku no sekai ni chiisai yakuza" SEKARANG!

Potassium ialah logam alkali berwarna perak,mempunyai nombor atom 19 dan bersimbolkan "K".Simbol ini diambil daripada nama latin-nya,kalium,yang dimana ia sendiri diambil daripada perkatan alkali.Tidak tamat disitu,perkataan alkali diambil daripada perkataan arab "al-qalyah" yang bermaksud abu tumbuh tumbuhan.Abu kayu yang telah terbakar(yang bewarna putih) sebenarnya ialah potassium karbonat yang tidak beberapa tulin.


logam potassium

Kalium dan natrium adalah logam alkali dan kimia yang amat serupa. Atas sebab ini, ia mengambil masa yang lama sebelum garam mereka telah dibezakan. Mereka disyaki sebagai unsur-unsur yang berlainan dalam tempoh garam mereka selepas 1702, dan ini telah dibuktikan pada tahun 1807 apabila kalium dan natrium individu diasingkan daripada garam yang berlainan melalui proses elektrolisis.Kalium telah diekstrak oleh Sir Humprey Davey.Kalium dalam alam semula jadi berlaku hanya dalam garam ionik. Oleh itu, ia didapati dibubarkan dalam air laut (yang kalium 0.04% mengikut berat), dan sebagai sebahagian daripada banyak mineral.

Aplikasi kimia yang industri kalium menggunakan kebolehlarutan yang agak tinggi di dalam air sebatian kalium, seperti sabun kalium. Logam kalium mempunyai hanya satu permohonan sahaja khas, digantikan di kebanyakan tindak balas kimia dengan logam natrium.
Ion kalium adalah perlu bagi fungsi semua sel hidup. Difusi ion Potassium merupakan satu mekanisme penting dalam transmisi saraf, dan susutan kalium dalam haiwan, termasuk manusia, keputusan dalam pelbagai kegagalan saraf. Kalium boleh didapati dalam kepekatan yang tinggi terutamanya dalam sel tumbuhan, dan dalam diet campuran, kebanyakannya tertumpu pada buah-buahan. Kepekatan yang tinggi kalium dalam tumbuh-tumbuhan, yang dikaitkan dengan jumlah yang rendah berbanding natrium di sana, sejarah menyebabkan pertama kalium terpinggir dari kalium, abu tumbuh-tumbuhan, memberi unsur namanya. Pengeluaran tanaman berat dengan cepat habis tanah kalium, dan baja pertanian mengambil 95% daripada pengeluaran kimia kalium global.


Kegunaan logam kalium tidak meluas,kerana tindak balasnya dengan air dan udara terlalu cepat.Jika logam kalium dibiarkan di udara,ia akan membentuk lapisan oksida dalam masa yang singkat,tidak sampai 10 saat.Tindak balasnya dengan air pula sangat ganas,dimana haba reaksi tersebut cukup untuk mencairkan logam potassium dan menghidupkan gas hidrogen yang terhasil.Tindak balas ini selalunya berakhir dengan letupan.

Tetapi kegunaan sebatian potassium ini sangat luas,mencakupi bidang pertanian,perubatan,perlombongan,masakan,pertukangan dan lain-lain.Begitu besar kegunaan potassium ini.Kalau tak silap saya ion potassium juga digunakan untuk mengawal tahap kepekatan cecair di dalam badan kita (darah).

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik di sini~

Dan enjoy video ini:

Kepada tiyah,diharap anda sabar menunggu entry untuk roket soda bikarbonat,saya bercadang untuk membuat video eksperimennya sekali.Dengan keadaan yang agak sibuk sekarang,diharap anda sabar menunggunya!

Ja,mata ne!
Assalamualaikum!