Pages

Thursday, December 1, 2011

E110 mengandungi lemak babi?



Hm,hal ni dah lama digembar-gemburkan.
Tetapi apakah benar khabar angin ini?
Mari kita singkap kebenarannya!


Struktur molekul sunset yellow s

E110,seperti yang telah dinyatakan dalam wikipedia,ia ialah pewarna dari golongan azo iaitu Sunset Yellow FCF ataupun nama lainnya Orange Yellow S,Yellow 6,C.I. 15985.Golongan azo ialah apa-apa sahaja molekul organik dengan formula R-N=N-R',dimana R dan R' terdiri daripada golongan alkil ataupun aril.
Jika kita lihat daripada struktur molekul ini,seorang pelajar kimia pun boleh mengetahui bahawa adalah mustahil untuk menghasilkan molekul ini menggunakan lemak babi.Hal ini kerana lemak ialah trigliserida,iaitu ester daripada gliserida dengan asid karboksilik.Jika terdapat cara pun untuk membuat sunset yellow dengan menggunakan lemak,sudah mesti proses tersebut menelan tenaga dan kos yang tinggi,kerana ia hampir mustahil!Dalam molekul lemak tiada satu pun kumpulan aromatik benzene!


Contoh molekul lemak/trigliserida

Sunset yellow s sebenarnya dihasilkan daripada hidrokarbon aromatik dalam minyak petroleum.Mengapa manusia bersusah payah nak buat benda ni dari lemak babi yang kena diternak disembelih,diekstrak lemaknya,lepas itu dilalukan pelbagai proses cracking,azo coupling, etc (kalau betol la nak wat e110 ni dari lemak makhluk tu) bukan ke itu lebih membazir tenaga dan duit daripada terus membuatnya daripada petroleum yang berlambak kat bawah tanah tu (dan hanya perlu melalui 2-3 proses organik sahaja)?

Dari sini ternyatalah bahawa E110 iaitu sunset yellow s tidak mengandungi lemak babi,itu hanyalah taktik musuh-musuh islam yang ingin membuatkan umat islam nampak bodoh dengan mempercayai bulat-bulat apa yang mereka katakan.Wahai umat islam,janganlah mempercayai sesuatu khabar selagi kamu tidak memastikan kebenarannya dari setiap aspek!Bangun dan tuntutlah ilmu supaya umat kita semakin mantap seperti umat-umat terdahulu!

Tetapi ini tidak bermakna bahawa sunset yellow bebas daripada sebarang mudarat.Sunset yellow s ialah versi Sudan I yang disulfonatkan,dimana Sudan I ialah bahan yang berpotensi menyebabkan kanser.Sudan I selalunya wujud di dalam sunset yellow s sebagai bahan asing.Ia juga mungkin menyebabkan alergik dalam kalangan mereka yang tidak tahan dengan aspirin,dimana kesan sampingannya ialah sakit perut,muntah-muntah,sakit kepala,ruam dan bengkak kulit.Ia juga dilaporkan sebagai punca hiperaktif dalam kalangan kanak-kanak.

Kesimpulannya,E110 tidak mengandungi lemak babi tetapi berpotensi mendatangkan mudarat.Jadi jangan makan Rota selalu,tapi makan bila teringin,orait?   :D

Bacaan selanjutnya: 

5 comments:

Jαnnαhツ said...

thanks for the info. amik course kimia ke?

kuro96inlaila said...

You're welcome. :D
Hm,taklah.Tahun depan baru nak masuk form 4,blom belajar chemistry secara formal lagi,hehe.

Anonymous said...

あなたの助けに感謝

Anonymous said...

Sama ada benar yahudi main2kan umat islam dengan berita palsu E110 ini, hakikatnya, kita didik keluarga kita jgn mkn mknn ringan. Mknn ringan shja yg ada pewarna. Klu mkn mknn segar, mna ada pewarna.

kuro96inlaila said...

ya,betul sungguh saranan tersebut.

Cuma saya ingin memperbetulkan sedikit,makanan segar termasuk buah-buahan,sayur dan lain-lain juga mempunyai "pewarna" di dalam mereka.Cuma kelebihannya kebanyakan pewarna tersebut mendatangkan banyak faedah kepada kesihatan.