Pages

Tuesday, December 17, 2013

Apakah itu vitamin? (Bahagian 1)

Vitamin merupakan sekumpulan sebatian yang diperlukan oleh organisma dalam kuantiti yang sedikit.
Sesuatu sebatian akan dipanggil vitamin apabila organisma tidak mampu untuk menghasilkan sebatian tersebut secukupnya seperti yang diperlukan oleh badan.Maka,sebatian tersebut mestilah diperolehi daripada diet organisma tersebut.Namun,disebabkan sesebuah sebatian hanya dipanggil vitamin mengikut keadaan dan organisma yang menggunakannya,istilah vitamin mungkin akan digunakan/tidak digunakan.Sebagai contohnya,vitamin C (asid askorbik) ialah vitamin kepada manusia namun tidak kepada hampir semua binatang.

Hati kambing
Kepentingan untuk mengambil sesuatu makanan telah lama diketahui manusia lama sebelum vitamin dikenalpasti.Masyarakat Mesir Purba telah mengetahui bahawa memakan hati dapat mengubati rabun malam.

Pada tahun 1747,James Lind menemukan bahawa buah citrus dapat mengubati penyakit skurvi.Skurvi merupakan penyakit yang mampu membawa maut akibat penghasilan kolagen yang tidak sempurna.
Pada tahun 1881,Nikolai Lunin mengkaji kesan skurvi di Universiti Tartu di Estonia moden.Dia memberikan campuran susu tiruan (mengikut komposisi susu yang diketahui pada zaman itu,protein,lemak,karbohidrat dan garam mineral) kepada seekor tikus dan seekor tikus yang lain diberikan susu semula jadi.Hasilnya,tikus yang memakan susu tiruan mati manakala tikus yang memakan susu semula jadi kekal hidup sihat.Maka Nikolai membuat kesimpulan bahawa makanan semula jadi,selain mengandungi bahan-bahan utama yang telah diketahui,mengandungi bahan yang tidak diketahui (dalam jumlah yang kecil) yang penting untuk kelangsungan hidup.Namun hasil kerja Nikolai ditolak kerana uji kaji tersebut tidak dapat diulang oleh saintis lain.Faktor besar kegagalan saintis lain dalam mengulang uji kaji Nikolai ialah saintis lain menggunakan gula susu (laktosa) yang mengandungi sedikit vitamin B manakala Nikolai menggunakan gula biasa (sukrosa).

Di asia timur,beras merupakan makanan ruji kelas pertengahan (pada zaman itu).Maka penyakit beriberi merupakan penyakit yang menular.Pada tahun 1884,Takaki Kanehiro,melakukan pemerhatian bahawa beriberi menular dikalangan krew kapal yang hanya memakan nasi sahaja.Manakala krew-krew atasan yang mengambil makanan barat tidak mengalami penyakit beriberi.Dengan sokongan tentera laut jepun,dia melakukan ujikaji dengan memberi makan krew-krew kapal A dengan nasi sahaja,dan memberi makan krew-krew kapal B dengan daging,barli,ikan,nasi dan kacang.

Keputusannya,krew kapal A mencatatkan 161 krew mengalami beriberi dengan 25 kematian.Krew kapal B mencatatkan 14 kes beriberi tanpa kematian.Ini meyakinkan Takaki dan tentera laut jepun bahawa pemakanan ialah punca penyakit beriberi.Pada tahun1897,Christiaan Eijkman mendapati memberi makan beras tidak digilap (unpolished rice) kepada ayam dapat mengelakkan beriberi berbanding beras digilap (polished rice) yang menyebabkan beriberi.Tahun berikutnya,1898,Frederick Hopkins menganjurkan idea bahawa selain protein,karbohidrat,lemak dll,terdapat sebatian yang penting untuk memastikan kelangsungan fungsi badan,dipanggil "faktor sampingan (accessory factor)".Eijkman dan Hopkins dianugerahkan hadian Nobel dalam bidang fisiologi dan ubat-ubatan hasil penemuan beberapa vitamin oleh mereka.

Pada tahun1910,Umetaro Suzuki berjaya mengekstrak vitamin (makronutrien) kompleks daripada bran beras,dan menamakannya asid aberik(kemudian dinamakan Orizanin).Namun akibat kesalahan penterjemahan,hal ini gagal menarik perhatian dunia.Pada tahun 1912,Casimir Funk telah mengekstrak bahan yang sama dan mengutarakan istilah "vitamine".

Pada tahun 1930,Paul Karrer mengutarakan struktur yang betul untuk sebatian beta-karotina,komposisi utama vitamin A dan mengenalpasti beberapa karotinoid yang lain.

Bersambung dibahagian 2:

0 comments: