Pages

Sunday, October 3, 2010

Membuat header's photo:khat syahadah potassium permanganate

Ha,ingat nak citer sikit psal sye membuat header's photo sye.........

Mula2 memang ade terbayangla nak wat gambar untuk header,pastu start ar pikir nak wat konsep camner.
Then we end up dengan menggabungkan konsep islam dan kimia.mcm kat atas tue......   :)

Prosesnya begini,mula2,amik jangka lukis dan set kan kepada radius tapak conical flask yang kita nak guna. Lepas tu buat la satu bulatan kat tengah2 kertas a4.Dah siap buat bulatan tue,tarik kaki jangka lukis (besarkan radius) kepada saiz yang sesuai.(agak2 luas untuk buat lorong untuk khat kite nanti.).Buat garisan separuh bulat dengan setting nie.ulang untuk buat barisan seterusnya (jika perlu).

Lepas tue grab your calligraphy pen!Masa untuk tukar mode ke mode dunia seni!
Gunakan skill dan imaginasi anda,buat khat slogan yang anda pilih.Saya pilih: ashadu alla ilaha illa allah,wa ashadu anna muhammada 'abduhu wa rasulu.


Lepas tue padam garisan yang kita buat ngan jangka lukis tadi.Lepas nieyh,kita kena buat background untuk gambar kita nie.so,amik 3 kertas a4,gam kan mereka bersama mengikut panjang sisi kertan a4 supaya mereka boleh mengelilingi kertas a4 dengan meninggakan 1 side untuk kamera kita nanti.


Selepas ini kita perlu membuat larutan cair potassium permanganate (kalium permanganat) sebagai subjek.untuk ini,larutkan beberapa miligram potassium permanganate ke dalam 150ml air.



Kalau da siap semua,kita kena panggil kawan untuk tolong kita time photoshoot nanti,pasalnyer untuk memegang background dengan lampu.lampu?ya untuk lighting,baru cantik gambar kita nanti.mane aku dapat lampu?ha,ni nak citer sket.lampu bilik aku ade dua.Satu kat atas ceiling,tapi lampu tue malap pasal saiz da kedudukannya yang tersembunyi.......jadi aku ade lagi satu lampu yang berada di tepi meja kat bilik aku,lampu kalimantang panjang tue tergantung kat paku je,boleh cabut2.Kita guna lampu tue la,lagi pown,aku buat photoshoot nieyh kat atas meja je.......



Lampu tue mesti kena berada 90 darjah atas subjek untuk menghilangkan mana2 bayang.Hasilnya?ini dia:


Kalau aku tangkap gambar nie guna kamera DSLR mesti lagi cantek.......aku tangkap gambar nieyh guna olympus m1030sw je.........


Tapi,terdapat beberapa benda yang aku xberapa puas hati,macam:



Huruf dal ni aku terbuat hodoh sangat ar..........benci!



Huruf wau tue aku wat mcm huruf fa je,kenapa bentuk mcm tue?mungkin sebab x cukup ruang.........dal kat sini agak memuaskan......


Entah kenapa aku suka buat ha bulat macam ni,wau tu silap buat lagi.........
Pastu kalau boleh tengok kat gambar no 5,kat perkataan rasuluh,wau yang bersambung ngan sin tue x cukup besar kepalanya,nampak macam xde kepala.Lepas tue kat huruf lam,badannya xcukup panjang.........

Kebanyakan kesilapan ini adalah disebabkan stail bengkok khat nieyh,first time aku cuba buat tulisan khat lingkaran.......x biasa lagi agaknyer.............slalu buat stail lurus je.

Ok la,tue je nak citer pasal gambar header nieyh.Salam.........

0 comments: