Pages

Thursday, March 17, 2011

Radiasi dari Jepun? Benar atau palsu semata-mata?

Saya akan cuba menerangkannya secara ringkas dan padat.
Apa yang terjadi di Jepun ialah "Nuclear Meltdown" ataupun kegagalan untuk menyejukkan reaktor nuklear.
Reaktor menggunakan haba dari bahan radioaktif untuk menjana tenaga stim.

Apabila reaktor terlalu panas,tekanan stim akan meningkat lalu sampai kepada suatu masa dimana faksiliti stim tidak dapat menampung tekanan tersebut lalu meletup.
Simbol trefoil lazim digunakan untuk bahan radioaktif

Saya merasakan bahawa penduduk Malaysia tidak perlu risau akan radiasi dari jepun kerana saya menjangkakan berikut:

1.Tidak ada pencemaran bahan radioaktif.Jika ada pencemaran disebabkan letupan tersebut,sudah tentu jumlahnya sedikit.Kalau berlaku petumpahan bahan radioaktif tentulah lebih banyak kandungan bahan radioaktif jika dibandingkan dengan letupan tersebut.Dan "jika" bahan radioaktif ini terlepas,sudah tentu ia akan bercampur dengan air laut,lalu mencairkan kepekatannya.Jadi,jika ada pencemaran bahan radioaktif dari letupan tersebut,kesannya adalah sangat-sangat sedikit kepada Malaysia.

2.Radiasi,apakah radiasi sebenarnya?
   Radiasi terjadi apabila sesebuah nukleus atom radioaktif yang tidak stabil hilang tenaganya melepaskan radiasi ter-ion.Radiasi ini terbahagi kepada 3:-

a)Radiasi alpha
-bercas positif.Boleh dihalang dengan sehelai kertas,beberapa sentimeter ruang udara dan selapis kulit mati.Tidak berbahaya.

b)Radiasi beta
-bercas negatif.Boleh dihalang dengan kepingan aluminium.

C)Radiasi gamma
-bercas neutral.Radiasi boleh dikurangkan dengan blok plumbum tebal.

Sudah tentu radiasi-radiasi tersebut telah melanggar banyak benda pejal (Cth:pokok kelapa,pokok ru,bangunan,laut,burung,dan pelbagai benda yang terdapat di ruang antara Jepun dan Malaysia).
Tipis kemungkinannya untuk mereka sampai ke Malaysia.Kalau sampai pun sikit sampai tak nampak kesannya.

3.Saya berpendapat bahawa molekul radioaktif terlalu tumpat untuk dibawa oleh angin dan hujan.Bahan-bahan elemen kimia lebih berat daripada iodin pula tidak digunakan oleh hidupan,jadi ia akan dibuang.Jangan risau makan ikan tu,makan je puas-puas.Rezeki jangan ditolak.=)

Maka lebih baiklah kita merisaukan tentang keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja Malaysia ni.Kes buang bayi merata-rata.Jalan penyelesaian senang je,jalankan hukum hudud setegasnya.Islam telah mengajar kita.Apa salahnya kita praktikkan.Begitu juga dengan penggunaan dadah secara salah a.k.a isap dadah.Perkara tersebut lebih penting untuk dirisaukan.

http://www.youtube.com/watch?v=doTHPDMhWGM

Tetapi semuanya beredar mengikut ketentuan,qadaq qadar Allah al-Bari' wa zul jalali wa al-ikram.Kalau dah ketentuannya nak menghancurkan bumi Malaysia ni,apakan daya kita menolaknya,sesungguhnya dia lah al-Matin wa al-Qawwiy.Semoga Allah al-Muhaymin melindungi dan mencurahkan rahmatnya pada bumi Malaysia serta negara islam yang lain.

Apa-apa pertanyaan sila tanya di ruangan komen.saya akan jawab semampu boleh. =)

p/s:kalau risau sangat pasal radiasi tu makanlah "iodized salt"

0 comments: