Pages

Sunday, March 13, 2011

Campuran kalium klorat dan gula + asid sulfurik-->?

"?"
Apakah reaksi yang akan berlaku jika asid sulfurik dititiskan ke atas campuran kalium klorat dan gula?
Cam biasa,ni videonyer:

Berapi-api! :O

Mengapakah ini terjadi?
Campuran kalium klorat dan gula sebenarnya sudah sedia untuk terbakar jika ada sumber api seperti percikan api,api,sambaran,elektrik dan lain-lain.
Tetapi campuran ini juga sensitif kepada asid sulfurik,kerana boleh menyebabkan ia terbakar.

Kenapa?
Ini adalah disebabkan asid sulfurik bertindak balas dengan kalium klorat untuk menghasilkan asid klorik,
(dan ia berbeza dengan klorok ye! :P).
Asid klorik kemudiannye akan bertindak balas dengan ganasnye jika bersentuhan dengan gula menghasilkan haba,dan haba inilah yang menghidupkan seluruh campuran tersebut.

Campuran ini juga sensitif jika ada sulfur ditambahkan kepadanya,kerana sulfur selalunya akan ada sedikit asid sulfurus,yang boleh menyebabkan reaksi serupa.Keadaan ini juga terjadi dengan wujudnya fosforus didalam kalium klorat.Sebab-sebab inilah ahli piroteknik jarang mencampurkan sulfur dan fosforus ke dalam cam puran kalium klorat.

Cakap pasal klorok kan,ingat bile2 nanti nak citer pasal household cleaning chemical ar plak!
Nantikan postnya!
Assalamu'alaikum salam 1 khairu ummah!




0 comments: