Pages

Thursday, March 24, 2011

3 pictures of platinum arsenide

The ore I'm talking about:

more of it:

Its streak:

streak on the bottom of porcelain crucible:

Thursday, March 17, 2011

Radiasi dari Jepun? Benar atau palsu semata-mata?

Saya akan cuba menerangkannya secara ringkas dan padat.
Apa yang terjadi di Jepun ialah "Nuclear Meltdown" ataupun kegagalan untuk menyejukkan reaktor nuklear.
Reaktor menggunakan haba dari bahan radioaktif untuk menjana tenaga stim.

Apabila reaktor terlalu panas,tekanan stim akan meningkat lalu sampai kepada suatu masa dimana faksiliti stim tidak dapat menampung tekanan tersebut lalu meletup.
Simbol trefoil lazim digunakan untuk bahan radioaktif

Saya merasakan bahawa penduduk Malaysia tidak perlu risau akan radiasi dari jepun kerana saya menjangkakan berikut:

1.Tidak ada pencemaran bahan radioaktif.Jika ada pencemaran disebabkan letupan tersebut,sudah tentu jumlahnya sedikit.Kalau berlaku petumpahan bahan radioaktif tentulah lebih banyak kandungan bahan radioaktif jika dibandingkan dengan letupan tersebut.Dan "jika" bahan radioaktif ini terlepas,sudah tentu ia akan bercampur dengan air laut,lalu mencairkan kepekatannya.Jadi,jika ada pencemaran bahan radioaktif dari letupan tersebut,kesannya adalah sangat-sangat sedikit kepada Malaysia.

2.Radiasi,apakah radiasi sebenarnya?
   Radiasi terjadi apabila sesebuah nukleus atom radioaktif yang tidak stabil hilang tenaganya melepaskan radiasi ter-ion.Radiasi ini terbahagi kepada 3:-

a)Radiasi alpha
-bercas positif.Boleh dihalang dengan sehelai kertas,beberapa sentimeter ruang udara dan selapis kulit mati.Tidak berbahaya.

b)Radiasi beta
-bercas negatif.Boleh dihalang dengan kepingan aluminium.

C)Radiasi gamma
-bercas neutral.Radiasi boleh dikurangkan dengan blok plumbum tebal.

Sudah tentu radiasi-radiasi tersebut telah melanggar banyak benda pejal (Cth:pokok kelapa,pokok ru,bangunan,laut,burung,dan pelbagai benda yang terdapat di ruang antara Jepun dan Malaysia).
Tipis kemungkinannya untuk mereka sampai ke Malaysia.Kalau sampai pun sikit sampai tak nampak kesannya.

3.Saya berpendapat bahawa molekul radioaktif terlalu tumpat untuk dibawa oleh angin dan hujan.Bahan-bahan elemen kimia lebih berat daripada iodin pula tidak digunakan oleh hidupan,jadi ia akan dibuang.Jangan risau makan ikan tu,makan je puas-puas.Rezeki jangan ditolak.=)

Maka lebih baiklah kita merisaukan tentang keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja Malaysia ni.Kes buang bayi merata-rata.Jalan penyelesaian senang je,jalankan hukum hudud setegasnya.Islam telah mengajar kita.Apa salahnya kita praktikkan.Begitu juga dengan penggunaan dadah secara salah a.k.a isap dadah.Perkara tersebut lebih penting untuk dirisaukan.

http://www.youtube.com/watch?v=doTHPDMhWGM

Tetapi semuanya beredar mengikut ketentuan,qadaq qadar Allah al-Bari' wa zul jalali wa al-ikram.Kalau dah ketentuannya nak menghancurkan bumi Malaysia ni,apakan daya kita menolaknya,sesungguhnya dia lah al-Matin wa al-Qawwiy.Semoga Allah al-Muhaymin melindungi dan mencurahkan rahmatnya pada bumi Malaysia serta negara islam yang lain.

Apa-apa pertanyaan sila tanya di ruangan komen.saya akan jawab semampu boleh. =)

p/s:kalau risau sangat pasal radiasi tu makanlah "iodized salt"

Sunday, March 13, 2011

Campuran kalium klorat dan gula + asid sulfurik-->?

"?"
Apakah reaksi yang akan berlaku jika asid sulfurik dititiskan ke atas campuran kalium klorat dan gula?
Cam biasa,ni videonyer:

Berapi-api! :O

Mengapakah ini terjadi?
Campuran kalium klorat dan gula sebenarnya sudah sedia untuk terbakar jika ada sumber api seperti percikan api,api,sambaran,elektrik dan lain-lain.
Tetapi campuran ini juga sensitif kepada asid sulfurik,kerana boleh menyebabkan ia terbakar.

Kenapa?
Ini adalah disebabkan asid sulfurik bertindak balas dengan kalium klorat untuk menghasilkan asid klorik,
(dan ia berbeza dengan klorok ye! :P).
Asid klorik kemudiannye akan bertindak balas dengan ganasnye jika bersentuhan dengan gula menghasilkan haba,dan haba inilah yang menghidupkan seluruh campuran tersebut.

Campuran ini juga sensitif jika ada sulfur ditambahkan kepadanya,kerana sulfur selalunya akan ada sedikit asid sulfurus,yang boleh menyebabkan reaksi serupa.Keadaan ini juga terjadi dengan wujudnya fosforus didalam kalium klorat.Sebab-sebab inilah ahli piroteknik jarang mencampurkan sulfur dan fosforus ke dalam cam puran kalium klorat.

Cakap pasal klorok kan,ingat bile2 nanti nak citer pasal household cleaning chemical ar plak!
Nantikan postnya!
Assalamu'alaikum salam 1 khairu ummah!




Guruh dalam tabung uji? :o

Yup!
Guruh dalam tabung uji,
itu lah name ujikaji ni!

Ujikaji pe?
Nah videonyer:


Knape namanye guruh dalam tabung uji?
Meh kita selongkar!

Ini adalah disebabkan hasil reaksi ujikaji ini menghasilkan cahaya dan bunyi yang seakan-akan guruh mini di dalam tabung uji!
                                                                     Tapi xde la sampai bercabang camni,haha! :P

Ok,ape yang terjadi sebenarnye ni?
Camni,lapisan ethanol dibuat diatas lapisan asid sulfurik,
lapisan ini perlu terpisah,ini langkah paling penting!
Jika tidak terpisah,ujikaji tidak akan menjadi!
Selepas itu,1 spatula kalium permanganat ditambah perlahan-lahan supaya tidak mencampurkan dua lapisan tadi.

Kalium permanganat akan jatuh ke lapisan asid sulfurik lalu bertindak balas dengannya menghasilkan manganis heptoksida (Mn2O7,atau nama lainnya asid permanganik anhidrid.Manganis heptoksida yang terbentuk (berwarna hijau) akan bertindak balas dengan bahan organik-ethanol.
Reaksi inilah yang menghasilkan cahaya dan bunyi yang sebenarnya pengoksidaan ethanol menggunakan manganis heptoksida.

Harap info ini berguna!
Assalamua'laikum salam 1 khairu ummah!