Pages

Saturday, April 16, 2011

Klorofil,kunci mengapa dunia ini hijau.....

Post2 terdahulu,kita telah membincangkan tentang kandungan besi dan kuprum dalam darah,dah tiba masanya untuk kita membincangkan satu lagi bahan berwarna yang mempunyai kepentingan yang hampir sama dengan darah,malah mungkin lebih penting!

Daun mengandungi klorofil!

Mana asalnya nama klorofil ni?
Ia datang dari perkataan greek "kloros" yang bermaksud hijau dan "phyllon" yang bermaksud daun.Jadi ~Kloros phyllon=Daun hijau~

Klorofil menjadi molekul bio yang amat penting kerana ia membolehkan pokok untuk mendapatkan tenaga dari cahaya matahari.Klorofil paling banyak menyerap gelombang spektrum elektromagnetik (a.k.a cahaya) biru,dan yang kedua terbanyak ialah merah.Tetapi klorofil lemah dalam menyerap cahaya hijau,dan memantulkan ia kembali.Itu sebab warna klorofil ni hijau.Lagi menarik,saya pernah tengok,dibawah cahaya ultraviolet,klorofil yang bewarna hijau akan mengeluarkan cahaya merah jambu!

Klorofil mula-mula diekstrak oleh Joseph Bienaime Caventou dan Pierre Joseph Pelletier pada tahum 1817.

Saya sendiri pun tidak beberapa faham bagaimana klorofil menghasilkan tenaga,tetapi secara asasnya klorofil menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia,menyediakan elektron untuk beberapa lagi reaksi kimia rumit yang lain berjalan.
Dan kombinasi reaksi yang rumit ini akan menukarkan air dan karbon dioksida kepada gula (glukosa) dan oksigen.Proses ini dinamakan fotosintesis.Lalu bahan ini (glukosa dan oksigen) akan digunakan kembali untuk menghasilkan tenaga untuk tumbuh-tumbuhan meneruskan hidupnya.Oksigen untuk bernafas dan glukos sebagai makanan.

Carta proses fotosintesis untuk reaksi yang "rumit" tadi.

Klorofil sendiri terbahagi kepada 6 jenis berlainan,tetapi semuanya berasas  dari gabungan molekul porphyrin dengan ion magnesium,dan gabungan ini menghasilkan sifat warna hijau.Warna darah manusia pula berasal dari molekul heme, iaitu gabungan molekul porphyrin dengan besi.

Klorofil juga digunakan dalam industri masakan sebagai pewarna makanan,kod E untuknya ialah E140.Klorofil perlu dilarutkan dengan minyak masak sebelum digunakan untuk makanan.
Kalau masak tumis sayur pun kadang-kadang kuah dia warna hijau kan?
haha!

Klorofil boleh diekstrak menggunakan alkohol,alkohol isopropanol lebih sesuai (i-so-pro-pa-nol,bukan propa propaganda ek!).Tetapi metanol dan aseton juga boleh digunakan.Cuma perlu tumbuk sedikit daun-daun hijau,dan rendam serta kacau sekali sekala untuk melarutkan klorofil,
isopropanol akan bertukar menjadi warna hijau,mengandungi klorofil terlarut di dalamnya.
P/S:Larutan ini tidak boleh dimakan,isopropanol beracun kepada sistem badan manusia).

Apakah yang menjadikan molekul ini sangat penting?
Kerana dengan wujudnya molekul inilah yang membolehkan pokok untuk terus hidup,
dan kemudiannya memberi manfaat kepada haiwan,(sebagai makanan)
dan kemudiannya kedua-duanya (haiwan dan tumbuh-tumbuhan) dimanfaatkan pula oleh manusia untuk terus hidup.
Dan ia juga membolehkan pokok untuk melepaskan oksigen yang dimanfaatkan oleh sekalian makhluk,termasuk pokok itu sendiri,untuk meneruskan hidup.

Maklumat lanjut di:

4 comments:

Jαnnαhツ said...

interesting. apa pula pandangan anda tentang tafsir ayat 80 surah yasin? Allah menyebut tentang manusia menyalakan api dari kayu hijau? ada kaitan dengan petroleum kah? atau ada elaboration yang lain.

Anonymous said...

Bagusnya. Saya sedang google warna darah manusia sebenarnya. Terjumpe artikel ni pulak. Anyway kalau saudara ada jawapan boleh ker menjawab soalan saya tu? Sebab sy dengar warna darah kita sebenarnya adalah warna biru.

kuro96inlaila said...

@Jannah
[80]
"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".

saya sendiri pun tidak beberapa pasti dengan maksud sebenar ayat 80 surah yasin,memandangkan untuk mengkajinya memerlukan minda yang hebat.

Idea jannah boleh diterima pakai,kerana saintis berpendapat bahawa petroleum berasal daripada penguraian tumbuh-tumbuhan zaman dahulu kala.

satu lagi pendapat yang saya dapat pikir ialah,penghasilan methanol dan ethanol daripada tumbuh-tumbuhan.Kedua-dua alkohol ini banyak digunakan untuk pembakaran.Methanol dihasilkan melalui proses pyrolisis (penyulingan kering) kayu pokok,dan ethanol boleh dihasilkan melalui penapaian pelbagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang mengandungi karbohidrat.

Sekarang ni pun para saintis tengah menjalankan kajian untuk menggunakan biofuel sebagai pengganti petroleum.

Kedua-dua bahan ini,petroleum dan biofuel berasal dari tumbuh-tumbuhan hijau dan selalu dibakar manusia melalui pelbagai proses.Tepat dengan ayat tersebut!

kuro96inlaila said...

@anonymous

Pengguna haemoglobin (komponen darah yang membawa oksigen) seperti manusia,akan menjadi merah terang apabila ia membawa oksigen,manakala menjadi merah gelap apabila ia tidak membawa oksigen.

Pengguna haemocyanin (juga komponen darah yang membawa oksigen) pula,seperti keluarga moluska (contohnya belangkas) akan menjadi warna biru bila ia membawa oksigen manakala menjadi jernih apabila ia tidak membawa oksigen.

Mungkin apa yang saudara terdengar sebenarnya (darah manusia berwarna biru) ialah pigment berwarna biru yang boleh dihasilkan melalui haemoglobin yang berwarna merah di dalam darah kita.Bunyi macam pelik,kan?warna merah bertukar ke warna biru.

Hal ini kerana pertukaran tahap oksida logam besi (haemoglobin ialah salah satu sebatiannya) dari tahap +3 ke +2,dimana sesetengah sebatian besi +2 berwarna biru.
saya pernah tengok video dimana pigment ini dibuat,insyallah kalau saya jumpa video tersebut saya akan postkan linknya.