Pages

Saturday, April 23, 2011

Asid nitrik dan cara membuatnya!

Asid nitrik adalah salah satu daripada 3 asid bukan organik yang paling lazim.Di mana 2 yang lain ialah asid hidroklorik dan asid sulfurik.Nama lain bagi asid nitrik adalah aqua fortis dan spirit of nitre.Apabila tulen, asid nitrik berwarna jernih,tetapi selalunya mempunyai warna kekuningan sedikit kerana kandungan nitrogen dioksida terlarut.

Asid nitrik selalu digunakan sebagai salah satu reagent lazim di makmal.Digunakan untuk membuat bahan letupan,merawat kayu2 perabut,untuk menganalisis logam,bahan bakar roket dan sebagai agen pembersih.

-asid nitrik yang baru disuling


Asid nitrik dibuat melalui cara Ostwald,iaitu menukar ammonia kepada nitrogen monoksida > nitrogen dioksida.lalu melarutkannya ke dalam ia menjadi asid nitrik dan asid nitrous.

Asid nitrik juga digunakan untuk ujian xanthoproteic (rasenye betol ejaannnye ni),dimana ia bertujuan menguji kandungan protein.Asid nitrik dicampurkan ke bahan yang disyaki mengandungi protein,lalu dipanaskan perlahan-lahan.Jika protein wujud di dalam bahan tersebut,warna kuning akan terhasil,bila bahan protein itu dineutralkan,ia akan bertukar warna menjadi jingga.Itu sebab apabila asid nitrik terkena kulit,kulit akan bertukar warna menjadi jingga!



Terdapat cara lain membuatnya,iaitu dengan menggunakan garam nitrat dengan asid sulfurik pekat:


Mula-mula,80g garam ammonium nitrat dicampurkan kedalam 100ml asid sulfurik 96% pekat (sejuk):


Kemudian sulingkan campuran tersebut menggunakan aturan penyulingan asas:

(Dari distillation flask terus ke kondenser)

Pada mulanya panaskan menggunakan api yang kecil.
Apabila ia mula mendidih,besarkan api.


Pada masa ini,asid nitrik akan keluar melalui kondenser.Jadi,mula la mengutipnya!


Maklumat yang lebih detail untuk membuat asid nitrik terdapat di dalam video.

Saturday, April 16, 2011

Klorofil,kunci mengapa dunia ini hijau.....

Post2 terdahulu,kita telah membincangkan tentang kandungan besi dan kuprum dalam darah,dah tiba masanya untuk kita membincangkan satu lagi bahan berwarna yang mempunyai kepentingan yang hampir sama dengan darah,malah mungkin lebih penting!

Daun mengandungi klorofil!

Mana asalnya nama klorofil ni?
Ia datang dari perkataan greek "kloros" yang bermaksud hijau dan "phyllon" yang bermaksud daun.Jadi ~Kloros phyllon=Daun hijau~

Klorofil menjadi molekul bio yang amat penting kerana ia membolehkan pokok untuk mendapatkan tenaga dari cahaya matahari.Klorofil paling banyak menyerap gelombang spektrum elektromagnetik (a.k.a cahaya) biru,dan yang kedua terbanyak ialah merah.Tetapi klorofil lemah dalam menyerap cahaya hijau,dan memantulkan ia kembali.Itu sebab warna klorofil ni hijau.Lagi menarik,saya pernah tengok,dibawah cahaya ultraviolet,klorofil yang bewarna hijau akan mengeluarkan cahaya merah jambu!

Klorofil mula-mula diekstrak oleh Joseph Bienaime Caventou dan Pierre Joseph Pelletier pada tahum 1817.

Saya sendiri pun tidak beberapa faham bagaimana klorofil menghasilkan tenaga,tetapi secara asasnya klorofil menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia,menyediakan elektron untuk beberapa lagi reaksi kimia rumit yang lain berjalan.
Dan kombinasi reaksi yang rumit ini akan menukarkan air dan karbon dioksida kepada gula (glukosa) dan oksigen.Proses ini dinamakan fotosintesis.Lalu bahan ini (glukosa dan oksigen) akan digunakan kembali untuk menghasilkan tenaga untuk tumbuh-tumbuhan meneruskan hidupnya.Oksigen untuk bernafas dan glukos sebagai makanan.

Carta proses fotosintesis untuk reaksi yang "rumit" tadi.

Klorofil sendiri terbahagi kepada 6 jenis berlainan,tetapi semuanya berasas  dari gabungan molekul porphyrin dengan ion magnesium,dan gabungan ini menghasilkan sifat warna hijau.Warna darah manusia pula berasal dari molekul heme, iaitu gabungan molekul porphyrin dengan besi.

Klorofil juga digunakan dalam industri masakan sebagai pewarna makanan,kod E untuknya ialah E140.Klorofil perlu dilarutkan dengan minyak masak sebelum digunakan untuk makanan.
Kalau masak tumis sayur pun kadang-kadang kuah dia warna hijau kan?
haha!

Klorofil boleh diekstrak menggunakan alkohol,alkohol isopropanol lebih sesuai (i-so-pro-pa-nol,bukan propa propaganda ek!).Tetapi metanol dan aseton juga boleh digunakan.Cuma perlu tumbuk sedikit daun-daun hijau,dan rendam serta kacau sekali sekala untuk melarutkan klorofil,
isopropanol akan bertukar menjadi warna hijau,mengandungi klorofil terlarut di dalamnya.
P/S:Larutan ini tidak boleh dimakan,isopropanol beracun kepada sistem badan manusia).

Apakah yang menjadikan molekul ini sangat penting?
Kerana dengan wujudnya molekul inilah yang membolehkan pokok untuk terus hidup,
dan kemudiannya memberi manfaat kepada haiwan,(sebagai makanan)
dan kemudiannya kedua-duanya (haiwan dan tumbuh-tumbuhan) dimanfaatkan pula oleh manusia untuk terus hidup.
Dan ia juga membolehkan pokok untuk melepaskan oksigen yang dimanfaatkan oleh sekalian makhluk,termasuk pokok itu sendiri,untuk meneruskan hidup.

Maklumat lanjut di: