Pages

Wednesday, February 2, 2011

Reaksi kalium klorida dengan perak nitrat (dan ciri-ciri perak klorida)

Hargh!
Da lme tak update blog nie,sorry la kalau ade yang tertunggu-tunggu,ek! :'D

Baru-baru ni saya da upload video psal reaksi antara kalium klorida dengan perak nitrat,dan ciri-ciri perak klorida yang istimewa.Ini videonyer:



Bila kita mencampurkan larutan kalium klorida dengan perak nitrat,ia akan menghasilkan mendakkan perk klorida.Perak klorida bewarna putih.Larutan yang terhasil akan mengandungi kalium nitrat.

Apa ciri-ciri istimewa perak klorida ni?
Hm,eksperimennya boleh dilihat di dalam video di atas di mana perak klorida akan bertukar ke warna yang lebih gelap (unggu dan hitam) apabila terdedah kepada cahaya.
Ini adalah kerana kebanyakkan sebatian perak tidak tahan kepada cahaya dan ia akan terurai.
Ia bertukar ke warna yang lebih gelap kerana kewujudan zarah-zarah kecil logam perak.

Mekanisma ini diaplikasikan di dalam proses fotografi pada masa dahulu.
Pernah tengok negatif filem gambar x?

Filem gambar ni menggunakan lapisan sebatian perak bromida,yang akan bertukar warnanya apabila terdedah kepada cahaya dan menghasilkan negatif gambar.Sebenarnya dalam filem ini ada beberapa lapisan dye warna asas untuk menghasilkan gambar berwarna.

Tapi sekarang dah moden,orang selalu guna digital camera untuk fotografi.
Tetapi ada juga yang kekal dengan cara lama kerana keistimewaannya.
Sampai sini je la kot nye ye,
Assalamu'alaikum salam 1 khairu ummah!

0 comments: