Etil asetat (Ethyl acetate) ataupun secara sistematiknya,etil ethanoat, biasanya disingkatkan EtOAc atau EA) adalah sebatian organik dengan formula yang CH3COOCH2CH3. Cecair ini tidak berwarna dan mempunyai ciri-ciri bau manis (serupa dengan titisan pir/pear drop) dan digunakan dalam gam, pembuang penggilap kuku, pelarut pembuang kaffein teh dan kopi, dan rokok (lihat senarai bahan tambahan dalam rokok). Etil asetat adalah ester etanol dan asid asetik; ia dihasilkan pada skala yang besar untuk digunakan sebagai pelarut.Mempunyai ketumpatan 0.897g/ml dan takat didih 77.1 °C.
Thursday, December 13, 2012
Mari buat Etil asetat!
Posted by kuro96inlaila at 11:50 PM 2 comments
Friday, February 10, 2012
Atomic theory/teori atom bahagian 1
Apakah itu atom?Bagaimanakah rupanya?
Apakah bahan asas yang membina dunia yang kita lihat tiap-tiap hari?
Itu lah soalan yang bermain di minda manusia sejak beribu-ribu tahun lepas.
Kini hampir 200 tahun sejak manusia betul-betul mendalami ilmu kimia moden.
Teori atom ialah teori keadaan jirim dimana ia menyatakan bahawa semua benda di dalam dunia ni diperbuat daripada sejenis zarah yang dipanggil atom.Atom berasal daripada perkataan Greek,Atomos yang bermaksud "tidak boleh dibelah bahagi".Atom tidak boleh dicipta,dimusnahkan dan dibelah bahagi.
Pada akhir kurun ke-18,dua peraturan telah dibuat tanpa mengambil kira perihal teori atom.Peraturan yang pertama ialah peraturan konservasi jisim (conservation of mass),yang dibuat oleh Antoine Lavoisier pada 1789.Peraturan ini menyatakan bahawa jisim sesuatu reaksi kimia tidak berubah,ini bermakna dalam sesuatu reaksi kimia,berat berat bahan kimia asal sama dengan hasil reaksi kimia tersebut.Peraturan yang kedua pula ialah peraturan nisbah mutlak (law of definite proportions) yang dibuktikan pada tahun 1799 oleh ahli kimia Perancis Joseph Louis Proust.Peraturan ini menyatakan bahawa jika sesebuah sebatian dipecahkan kepada elemen komposisinya,elemen-elemen tersebut akan mempunyai nisbah yang sama.Haih,ntah betul ke tak saya terjemahkan nama peraturan ni.
Kemudian John Dalton mengkaji dan menghasilkan peraturan nisbah berganda (law of multiple proportions).Dalton juga mempercayai bahawa teori atom boleh menerangkan mengapa air menyerap gas karbon dioksida lebih baik daripada gas nitrogen.Hipotesis Dalton mengenai hal ini ialah perbezaan berat dan kerumitan bentuk molekul bahan tersebut mempengaruhi kadar serapan ia terhadap air.Hal ini ternyata benar apabila karbon dioksida didapati lebih berat berbanding gas nitrogen.
Dalton menyatakan bahawa setiap elemen terbentuk daripada atom yang tidak boleh dicipta,dimusnahkan dan dibelah bahagi.Hal ini menandakan teori saintifik pertama berkenaan dengan bahan yang dipanggil atom.
Dalton menganggarkan jisim atom mengikut kadar mereka membentuk sebatian.Tetapi dia tidak mengetahui bahawa sesetengah elemen wujud dalam keadaan molekul seperti O2.
Dia juga tersalah anggap bahawa sebatian yang terdiri daripada dua elemen mengandungi 1 elemen bagi setiap komposisinya,jadi dia menganggap bahawa molekul air ialah HO,bukannya H2O).Hal ini membuatkan carta Dalton mempunyai kecacatan.Jisim oksigen dalam perkiraan Dalton ialah 5.5 kali lebih berat daripada hidrogen,dimana yang sebenarnya oksigen ialah 2 kali lebih berat berbanding hidrogen.
Kecacatan ini diperbetulkan oleh Amedeo Avogadro pada tahun 1811,dimana dia menyatakan bahawa 2 gas yang mempunyai isipadu yang sama pada suhu yang sama dan tekanan yang sama mempunyai bilangan molekul yang sama.(Hal ini membuktikan bahawa jisim zarah sesebuah gas tidak mempengaruhi isipadunya).Peraturan ini membenarkan dia mengkaji ciri-ciri gas diatomik dengan mengkaji jumlah isipadu dimana mereka bertindak balas.Sebagai contohnya,2 liter gas hidrogen bertindak balas dengan 1 liter oksigen untuk membentuk 2 liter wap air.Ini membuktikan bahawa molekul oksigen berpecah untuk menghasilkan 2 molekul air.
Posted by kuro96inlaila at 10:38 PM 3 comments
Thursday, February 2, 2012
Naphthalene/Naftalena, musuh paling dibenci lipas.
Hm,da lame tak update blog ni.Nampak sangat pemalasnye tuan punye blog,haha.
Internet pon gila-gila sekarang ni,nak wat camner......
OK,up to today's topic.Kalau tengok buku teks kimia tingkatan 4,experiment pertama yang kita buat ialah peleburan dan penyejukkan naftalena.Kita nak cerita pasal naftalena,iaitu bahan kimia organik berformula C10H8.Ia berbentuk serbuk kristal putih berbau unik yang boleh dikesan dengan kepekatan serendah 0.08 ppm berdasarkan berat.Sebagai molekul hidrokarbon aromatik,molekulnya berbentuk cincin benzin yang dicantumkan bersama.Naftalena menjadi bahan utama di dalam ubat gegat.Bahan yang kita selalu letak kat tandas untuk menghalau lipas.
Posted by kuro96inlaila at 9:53 PM 4 comments
Friday, December 23, 2011
Habis RM700.....
Minggu lepas saya pergi beli bahan kimia dan alatan kimia kat Progressive Scientific,habis RM700.
Beli apa dengan RM700?
Posted by kuro96inlaila at 11:58 AM 4 comments
Result PMR
Ha!
Smalam kan result PMR keluar kan?
Sekarang semua calon PMR 2011 da pun tahu result masing-masing.
Mesti cuak kan time nak amek result tu?
Result boleh diambil bermula daripada pukul 11 pagi,time tu sampai-sampai je kat sekola mesti la kita jumpa balik kawan-kawan kita yang da lama tak jumpa kan?hehehe
Diorang cakap kalau slip keputusan takde kat cikgu maknanya dapat straight A.
Haih,gerun dibuatnya.Lepas tue saya pun jumpa la cikgu Saridah (yang baju purple tue,cantik tak cikgu saya?).Dia nampak saya terus cakap: "Ha usop!Baru koe nak datang ek!Ni ha slip koe takde kat sini!"
Terkejut saya dibuatnya,slip takde kat cikgu=Straight A!
Gembira ya amat!
Tapi nak dapat slip tue kena tunggu sampai pukul 12:30,sebab pengetua nak bagi sendiri slip keputusan kat budak-budak tue!
Jadi kena la tunggu,pastu ade cikgu datang cakap "Yang dapat straight A pergi sana,ada wartawan sinar ngan berita harian nak interview.".Katanya sebab kita dapat memepertahankan status sekolah harian terbaik daerah sabak bernam.Alamak,tak pernah pula aku diinterview ni,bisik hatiku.ececeh....
Tunggu punya tunggu pengetua pun sampai,dan majlis ringkas penyampaian slip keputusan diadakan.
Punya lah seronok dapat Slip PMR bertulis keputusan 8A.
Posted by kuro96inlaila at 11:28 AM 1 comments
Thursday, December 1, 2011
E110 mengandungi lemak babi?
Hm,hal ni dah lama digembar-gemburkan.
Tetapi apakah benar khabar angin ini?
Mari kita singkap kebenarannya!
Jika kita lihat daripada struktur molekul ini,seorang pelajar kimia pun boleh mengetahui bahawa adalah mustahil untuk menghasilkan molekul ini menggunakan lemak babi.Hal ini kerana lemak ialah trigliserida,iaitu ester daripada gliserida dengan asid karboksilik.Jika terdapat cara pun untuk membuat sunset yellow dengan menggunakan lemak,sudah mesti proses tersebut menelan tenaga dan kos yang tinggi,kerana ia hampir mustahil!Dalam molekul lemak tiada satu pun kumpulan aromatik benzene!
Sunset yellow s sebenarnya dihasilkan daripada hidrokarbon aromatik dalam minyak petroleum.Mengapa manusia bersusah payah nak buat benda ni dari lemak babi yang kena diternak disembelih,diekstrak lemaknya,lepas itu dilalukan pelbagai proses cracking,azo coupling, etc (kalau betol la nak wat e110 ni dari lemak makhluk tu) bukan ke itu lebih membazir tenaga dan duit daripada terus membuatnya daripada petroleum yang berlambak kat bawah tanah tu (dan hanya perlu melalui 2-3 proses organik sahaja)?
Dari sini ternyatalah bahawa E110 iaitu sunset yellow s tidak mengandungi lemak babi,itu hanyalah taktik musuh-musuh islam yang ingin membuatkan umat islam nampak bodoh dengan mempercayai bulat-bulat apa yang mereka katakan.Wahai umat islam,janganlah mempercayai sesuatu khabar selagi kamu tidak memastikan kebenarannya dari setiap aspek!Bangun dan tuntutlah ilmu supaya umat kita semakin mantap seperti umat-umat terdahulu!
Tetapi ini tidak bermakna bahawa sunset yellow bebas daripada sebarang mudarat.Sunset yellow s ialah versi Sudan I yang disulfonatkan,dimana Sudan I ialah bahan yang berpotensi menyebabkan kanser.Sudan I selalunya wujud di dalam sunset yellow s sebagai bahan asing.Ia juga mungkin menyebabkan alergik dalam kalangan mereka yang tidak tahan dengan aspirin,dimana kesan sampingannya ialah sakit perut,muntah-muntah,sakit kepala,ruam dan bengkak kulit.Ia juga dilaporkan sebagai punca hiperaktif dalam kalangan kanak-kanak.
Kesimpulannya,E110 tidak mengandungi lemak babi tetapi berpotensi mendatangkan mudarat.Jadi jangan makan Rota selalu,tapi makan bila teringin,orait? :D
Posted by kuro96inlaila at 3:36 PM 5 comments
Monday, November 21, 2011
Roket Cuka/Soda bikarbonat
Hm,seperti yang dijanjikan,ini dia article pasal roket cuka/soda bikarbonat.minta maaflah pasal lambat post benda ni,baru sekarang free sikit.hehe
Post ni saya dedicatekan kat tiyah,sorry ek pasal lambat!
Hm,roket cuka ni menggunakan prinsip tekakan untuk menghasilkan tujahan yang diperlukan untuk membuatkan ia terbang.Cara2 menghasilkannya seperti di dalam video,kena la tengok ek!
Bila roket diterbalikkan,cuka akan bercampur dengan soda bikarbonat.Mereka bertindak balas menghasilkan karbon dioksida.Pertambahan gas di dalam tempat tertutup akan menghasilkan tekanan.
Tekanan ini pula akan menolak setiap permukaan botol,bila botol tidak dapat menampung tekanan tersebut,penyumbat getah akan tercabut melepaskan tekanan yang lalu ditukarkan kepada tenaga tujahan untuk roket.huh get it fellow?(terpanjang pula penerangannya,hehe)
Untuk test kedua pula kita menggunakan belerang sebagai sumber tenaga,dimana hasil pembakaran belerang juga menghasilkan gas.Lubang dibuat di tepi leher botol untuk memasukkan sumbu.Tapi roketnya tak naik tinggi sangat la.Dari pemerhatian,bentuk botol tak sesuai,botol naik berpusing2 lepas belerang terbakar.Tapi lepas tu botol tue da macam botol jin,banyak asap! -_-"
Untuk test ketiga pula,kita try menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar.Hm,apa jadi ek?Sebab gas hidrogen ini akan meletup apabila dibakar.Gas hidrogen dijana dengan reaksi aluminium dengan asid hidroklorik.Lepastu kumpulkan kat dalam botol,masukkan sumbu,tutup dengan penyumbat getah,siap!
Hasilnya pula,hmm,tujahan terlalu kuat,dalam video tak dengar sangat tapi kalau tengok depan2 kuat juga lah bunyi dia.Penerbangannya jadi tak stabil.
Hm jadi itulah hasil eksperimen kita untuk masa ni.
Ingat!kita takkan tahu selagi tidak mencuba!
Ek!
Posted by kuro96inlaila at 4:59 PM 0 comments





