Pages

Friday, February 10, 2012

Atomic theory/teori atom bahagian 1

Hari ini mari kita kaji mengenai atom!
Apakah itu atom?Bagaimanakah rupanya?
Apakah bahan asas yang membina dunia yang kita lihat tiap-tiap hari?
Itu lah soalan yang bermain di minda manusia sejak beribu-ribu tahun lepas.
Kini hampir 200 tahun sejak manusia betul-betul mendalami ilmu kimia moden.

Teori atom ialah teori keadaan jirim dimana ia menyatakan bahawa semua benda di dalam dunia ni diperbuat daripada sejenis zarah yang dipanggil atom.Atom berasal daripada perkataan Greek,Atomos yang bermaksud "tidak boleh dibelah bahagi".Atom tidak boleh dicipta,dimusnahkan dan dibelah bahagi.

Pada akhir kurun ke-18,dua peraturan telah dibuat tanpa mengambil kira perihal teori atom.Peraturan yang pertama ialah peraturan konservasi jisim (conservation of mass),yang dibuat oleh Antoine Lavoisier pada 1789.Peraturan ini menyatakan bahawa jisim sesuatu reaksi kimia tidak berubah,ini bermakna dalam sesuatu reaksi kimia,berat berat bahan kimia asal sama dengan hasil reaksi kimia tersebut.Peraturan yang kedua pula ialah peraturan nisbah mutlak (law of definite proportions) yang dibuktikan pada tahun 1799 oleh ahli kimia Perancis Joseph Louis Proust.Peraturan ini menyatakan bahawa jika sesebuah sebatian dipecahkan kepada elemen komposisinya,elemen-elemen tersebut akan mempunyai nisbah yang sama.Haih,ntah betul ke tak saya terjemahkan nama peraturan ni.

Kemudian John Dalton mengkaji dan menghasilkan peraturan nisbah berganda (law of multiple proportions).Dalton juga mempercayai bahawa teori atom boleh menerangkan mengapa air menyerap gas karbon dioksida lebih baik daripada gas nitrogen.Hipotesis Dalton mengenai hal ini ialah perbezaan berat dan kerumitan bentuk molekul bahan tersebut mempengaruhi kadar serapan ia terhadap air.Hal ini ternyata benar apabila karbon dioksida didapati lebih berat berbanding gas nitrogen.

Dalton menyatakan bahawa setiap elemen terbentuk daripada atom yang tidak boleh dicipta,dimusnahkan dan dibelah bahagi.Hal ini menandakan teori saintifik pertama berkenaan dengan bahan yang dipanggil atom.
Dalton menganggarkan jisim atom mengikut kadar mereka membentuk sebatian.Tetapi dia tidak mengetahui bahawa sesetengah elemen wujud dalam keadaan molekul seperti O2.

Dia juga tersalah anggap bahawa sebatian yang terdiri daripada dua elemen mengandungi 1 elemen bagi setiap komposisinya,jadi dia menganggap bahawa molekul air ialah HO,bukannya H2O).Hal ini membuatkan carta Dalton mempunyai kecacatan.Jisim oksigen dalam perkiraan Dalton ialah 5.5 kali lebih berat daripada hidrogen,dimana yang sebenarnya oksigen ialah 2 kali lebih berat berbanding hidrogen.

Kecacatan ini diperbetulkan oleh Amedeo Avogadro pada tahun 1811,dimana dia menyatakan bahawa 2 gas yang mempunyai isipadu yang sama pada  suhu yang sama dan tekanan yang sama mempunyai bilangan molekul yang sama.(Hal ini membuktikan bahawa jisim zarah sesebuah gas tidak mempengaruhi isipadunya).Peraturan ini membenarkan dia mengkaji ciri-ciri gas diatomik dengan mengkaji jumlah isipadu dimana mereka bertindak balas.Sebagai contohnya,2 liter gas hidrogen bertindak balas dengan 1 liter oksigen untuk membentuk 2 liter wap air.Ini membuktikan bahawa molekul oksigen berpecah untuk menghasilkan 2 molekul air.

Oleh kerana post ni dah agak panjang,
Ikuti perkembangannya dalam bahagian ke-2:

-Bahagian 2-

Thursday, February 2, 2012

Naphthalene/Naftalena, musuh paling dibenci lipas.

Hm,da lame tak update blog ni.Nampak sangat pemalasnye tuan punye blog,haha.
Internet pon gila-gila sekarang ni,nak wat camner......

OK,up to today's topic.Kalau tengok buku teks kimia tingkatan 4,experiment pertama yang kita buat ialah peleburan dan penyejukkan naftalena.Kita nak cerita pasal naftalena,iaitu  bahan kimia organik berformula  C10H8.Ia berbentuk serbuk kristal putih berbau unik yang boleh dikesan dengan kepekatan serendah 0.08 ppm berdasarkan berat.Sebagai molekul hidrokarbon aromatik,molekulnya berbentuk cincin benzin yang dicantumkan bersama.Naftalena menjadi bahan utama di dalam ubat gegat.Bahan yang kita selalu letak kat tandas untuk menghalau lipas.

 Bentuk molekul naftalena

Pada tahun 1819 dan 1820,sekurang-kurangnya 2 ahli kimia melaporkan bahan putih dengan bau yang menyengat didapati melalui penyulingan tar batu arang.Pada tahun 1821,John Kidd menceritakan perihal ciri-ciri bahan tersebut,cara pembuatannya dan menamakannya naphthaline,kerana ia didapati melalui nafta (nama umum yang digunakan untuk campuran hidrokarbon yang mudah terbakar dan mudah meruwap).Kini ia dikenali dengan nama naphthalene.Formula naftalena dikemukakan oleh Michael Faraday pada tahun 1826.Bentuk molekulnya pula dikemukakan oleh Emil Erlenmeyer pada tahun 1866 dan disahkan oleh Carl Grabe 3 tahun kemudian.

Naftalena digunakan secara meluas sebagai perantara  reaksi kimia terutamanya di dalam proses sulfonasi.Ia juga digunakan sebagai surfectant dan wetting agent.Dan bahan seperti ubat gegat menggunakan naftalena sebagai bahan aktifnya,namun kini bahan  1,4-dichlorobenzene lebih banyak digunakan.Ia juga digunakan didalam bidang piroteknik untuk menghasilkan asap hitam.

Naftalena boleh mengakibatkan penyakit hemolytic anemia iaitu kemusnahan sel darah merah,terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.Di negara China,penggunaan naftalena sebagai ubat gegat adalah diharamkan.

Untuk info lanjut,sila ke:


Friday, December 23, 2011

Habis RM700.....

Minggu lepas saya pergi beli bahan kimia dan alatan kimia kat Progressive Scientific,habis RM700.
Beli apa dengan RM700?

 Ha,ni la barang-barangnya!


Kena beli banyak barang kaca time ni sebab nak cover balik apa yang dah pecah sepanjang tahun ni.Bukan tue je,nak kena beli reagent botol untuk sebatian dikromat sebab botol dia yang sekarang ni tak beberapa selamat.Apa-apa pun,antara bahan kimia yang dibeli ialah acetic acid,carbon disulphide,hydrogen peroxide,tin chloride,potassium dichromate,manganese dioxide.Kali ni rasanye bahan kimia yang paling mahal ialah tin chloride grade Analytical Reagent:RM 42.


Apa guna tin chloride nie?Tin(II) chloride ni saya guna untuk kesan kehadiran precious metal (emas,platinum,palladium dll) dalam larutan.Pastu saya juga ada mendapatkan Dichloromethane.Apa kegunaan Dichloromethane (DCM) ni?DCM digunakan untuk mengekstrak pelbagai jenis bahan organik kerana ia sendiri ialah pelarut organik.Saya guna DCM ni kebanyakannya untuk projek ektraksi minyak pati daripada bahan-bahan organik seperti bunga-bungaan,herba dan buah-buahan.

Saya juga ada membeli blowtorch,penunu yang boleh mencapai suhu 1750 darjah celcius (seperti apa yang dicakap oleh pengeluar).Penunu ini digunakan untuk mencairkan logam.Tapi tak test lagi keberkesanannya sebab belum sempat nak beli gas dia.

Tapi tersilap beli hos getah saiz 6mm la pulak,sepatutnya beli saiz 8mm.Haih,membazir je RM24 beli benda tu.Pastu saiz corong Buchner macam terlalu besar pula dengan balang buchner 250ml.Harap-harap la muat nanti,kalau tak......lagi satu masalah la jawabnya.

Ok,babai!~

Result PMR


Ha!
Smalam kan result PMR keluar kan?
Sekarang semua calon PMR 2011 da pun tahu result masing-masing.
Mesti cuak kan time nak amek result tu?

Result boleh diambil bermula daripada pukul 11 pagi,time tu sampai-sampai je kat sekola mesti la kita jumpa balik kawan-kawan kita yang da lama tak jumpa kan?hehehe
Diorang cakap kalau slip keputusan takde kat cikgu maknanya dapat straight A.
Haih,gerun dibuatnya.Lepas tue saya pun jumpa la cikgu Saridah (yang baju purple tue,cantik tak cikgu saya?).Dia nampak saya terus cakap: "Ha usop!Baru koe nak datang ek!Ni ha slip koe takde kat sini!"

Terkejut saya dibuatnya,slip takde kat cikgu=Straight A!
Gembira ya amat!
Tapi nak dapat slip tue kena tunggu sampai pukul 12:30,sebab pengetua nak bagi sendiri slip keputusan kat budak-budak tue!

Jadi kena la tunggu,pastu ade cikgu datang cakap "Yang dapat straight A pergi sana,ada wartawan sinar ngan berita harian nak interview.".Katanya sebab kita dapat memepertahankan status sekolah harian terbaik daerah sabak bernam.Alamak,tak pernah pula aku diinterview ni,bisik hatiku.ececeh....

Tunggu punya tunggu pengetua pun sampai,dan majlis ringkas penyampaian slip keputusan diadakan.
Punya lah seronok dapat Slip PMR bertulis keputusan 8A.




Thursday, December 1, 2011

E110 mengandungi lemak babi?



Hm,hal ni dah lama digembar-gemburkan.
Tetapi apakah benar khabar angin ini?
Mari kita singkap kebenarannya!


Struktur molekul sunset yellow s

E110,seperti yang telah dinyatakan dalam wikipedia,ia ialah pewarna dari golongan azo iaitu Sunset Yellow FCF ataupun nama lainnya Orange Yellow S,Yellow 6,C.I. 15985.Golongan azo ialah apa-apa sahaja molekul organik dengan formula R-N=N-R',dimana R dan R' terdiri daripada golongan alkil ataupun aril.
Jika kita lihat daripada struktur molekul ini,seorang pelajar kimia pun boleh mengetahui bahawa adalah mustahil untuk menghasilkan molekul ini menggunakan lemak babi.Hal ini kerana lemak ialah trigliserida,iaitu ester daripada gliserida dengan asid karboksilik.Jika terdapat cara pun untuk membuat sunset yellow dengan menggunakan lemak,sudah mesti proses tersebut menelan tenaga dan kos yang tinggi,kerana ia hampir mustahil!Dalam molekul lemak tiada satu pun kumpulan aromatik benzene!


Contoh molekul lemak/trigliserida

Sunset yellow s sebenarnya dihasilkan daripada hidrokarbon aromatik dalam minyak petroleum.Mengapa manusia bersusah payah nak buat benda ni dari lemak babi yang kena diternak disembelih,diekstrak lemaknya,lepas itu dilalukan pelbagai proses cracking,azo coupling, etc (kalau betol la nak wat e110 ni dari lemak makhluk tu) bukan ke itu lebih membazir tenaga dan duit daripada terus membuatnya daripada petroleum yang berlambak kat bawah tanah tu (dan hanya perlu melalui 2-3 proses organik sahaja)?

Dari sini ternyatalah bahawa E110 iaitu sunset yellow s tidak mengandungi lemak babi,itu hanyalah taktik musuh-musuh islam yang ingin membuatkan umat islam nampak bodoh dengan mempercayai bulat-bulat apa yang mereka katakan.Wahai umat islam,janganlah mempercayai sesuatu khabar selagi kamu tidak memastikan kebenarannya dari setiap aspek!Bangun dan tuntutlah ilmu supaya umat kita semakin mantap seperti umat-umat terdahulu!

Tetapi ini tidak bermakna bahawa sunset yellow bebas daripada sebarang mudarat.Sunset yellow s ialah versi Sudan I yang disulfonatkan,dimana Sudan I ialah bahan yang berpotensi menyebabkan kanser.Sudan I selalunya wujud di dalam sunset yellow s sebagai bahan asing.Ia juga mungkin menyebabkan alergik dalam kalangan mereka yang tidak tahan dengan aspirin,dimana kesan sampingannya ialah sakit perut,muntah-muntah,sakit kepala,ruam dan bengkak kulit.Ia juga dilaporkan sebagai punca hiperaktif dalam kalangan kanak-kanak.

Kesimpulannya,E110 tidak mengandungi lemak babi tetapi berpotensi mendatangkan mudarat.Jadi jangan makan Rota selalu,tapi makan bila teringin,orait?   :D

Bacaan selanjutnya: 

Monday, November 21, 2011

Roket Cuka/Soda bikarbonat

Hm,seperti yang dijanjikan,ini dia article pasal roket cuka/soda bikarbonat.minta maaflah pasal lambat post benda ni,baru sekarang free sikit.hehe



Post ni saya dedicatekan kat tiyah,sorry ek pasal lambat!

Hm,roket cuka ni menggunakan prinsip tekakan untuk menghasilkan tujahan yang diperlukan untuk membuatkan ia terbang.Cara2 menghasilkannya seperti di dalam video,kena la tengok ek!

Bila roket diterbalikkan,cuka akan bercampur dengan soda bikarbonat.Mereka bertindak balas menghasilkan karbon dioksida.Pertambahan gas di dalam tempat tertutup akan menghasilkan tekanan.
Tekanan ini pula akan menolak setiap permukaan botol,bila botol tidak dapat menampung tekanan tersebut,penyumbat getah akan tercabut melepaskan tekanan yang lalu ditukarkan kepada tenaga tujahan untuk roket.huh get it fellow?(terpanjang pula penerangannya,hehe)


Untuk test kedua pula kita menggunakan belerang sebagai sumber tenaga,dimana hasil pembakaran belerang juga menghasilkan gas.Lubang dibuat di tepi leher botol untuk memasukkan sumbu.Tapi roketnya tak naik tinggi sangat la.Dari pemerhatian,bentuk botol tak sesuai,botol naik berpusing2 lepas belerang terbakar.Tapi lepas tu botol tue da macam botol jin,banyak asap!  -_-"

Untuk test ketiga pula,kita try menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar.Hm,apa jadi ek?Sebab gas hidrogen ini akan meletup apabila dibakar.Gas hidrogen dijana dengan reaksi aluminium dengan asid hidroklorik.Lepastu kumpulkan kat dalam botol,masukkan sumbu,tutup dengan penyumbat getah,siap!
Hasilnya pula,hmm,tujahan terlalu kuat,dalam video tak dengar sangat tapi kalau tengok depan2 kuat juga lah bunyi dia.Penerbangannya jadi tak stabil.

Hm jadi itulah hasil eksperimen kita untuk masa ni.
Ingat!kita takkan tahu selagi tidak mencuba!
Ek!


Eh,lupa la,ni ha gula2!:

Sunday, November 13, 2011

E number,makhluk ape tu?

Hari ni ingat nak tulis pasal E number la.Mungkin sesetengah di antara kita tertanya-tanya "Makhluk ape la E number ni? E ape pulak yang ade nombor?".Ha,kat sini la kita nak tauapa bendanya E number tu!



E number-E number ialah kod untuk bahan-bahan aditif makanan/bahan yang digunakan didalam makanan.E number digunakan untuk bahan-bahan yang digunakan dalam Kesatuan eropah (disini jelas kita ketahui bahawa "E" di dalam E number bermaksud "European"),tetapi ia juga digunakan secara meluas di seluruh dunia.Namun begitu terdapat juga beberapa negara yang tidak menggunakan E number ini.

E number ini dinyatakan di dalam bentuk E dan diikuti oleh nombor kod bahan.Seperti E300 untuk vitamin C (asid askorbik).E number juga terbahagi kepada beberapa kelas penggunaan.E number dikelaskan seperti berikut:

  •  E100–E199 (bahan pewarna)
  •  E200–E299 (bahan pengawet)
  •  E300–E399 (antioksida, pengawal keasidan)
  •  E400–E499 (pemekat, penstabil, pengemulsi)
  •  E500–E599 (pengawal keasidan , agen anti-ketulan)
  •  E600–E699 (penambah perasa)
  •  E700–E799 (antibiotik)
  •  E900–E999 (lain-lain bahan)
  •  E1000–E1599 (bahan kimia tambahan)
Pengkelasan E number sebenarnya menjadi lebih teliti apabila jenis bahan seperti bahan pewarna juga turut dikelaskan,sebagai contohnya E100-E109 ialah untuk pewarna kuning,E110-E119 untuk pewarna jingga.Begitu juga lah pengkelasan nombor seterusnya.Setiap nombor perpuluhan terdiri di dalam kelas yang berbeza.

Terdapat juga beberapa E number yang mendatangkan mudarat seperti E123(amaranth),E129(allura red) dan E104(quinoline yellow).

Carta lengkap E number boleh didapati di sini:

Jadi,bolehlah periksa apa yang terkandung dalam E number kat label produk makanan kan? :D