Last post kita ade cakap pasal kes2 kemalangan sewaktu maen mercun.Jom tengok beberapa rule yang patut dipatuhi ketika bermain mercun:
1.RULE NO 1:Jangan kutip balik mercun yang telah dibakar kalau x hidup,biarkan aje.Kalau mercun tue dekat,tolak ke tempat selamat dengan apa-apa benda panjang......And make sure xde sesiapa yang akan kutip mercun tue.
Explanation to rule 1:Kalau bende nie jadi kat mercun bola ke,mercun telor ke,selalunya disebabkan sumbunya bengkok atau patah,jadi belerang dalam sumbu xde kat tempat yang sepatutnya untuk menyambung api ke dalam mercun.Tapi kadang-kadang bara atau haba dari sumbu yang terbakar boleh menyambung kembali api kedalam mercun.Tu sebab dye meletup balik tiba-tiba.Kes lain pula jadi apabila casing plastik mercun bola atau mercun telor tue cair dan tutup lubang sumbu.Lagi kes lain jadi apabila bahan utama tdak dapat dihidupkan dengan sumbu.Macam mana aku tau semua ni?
1.Belajar pasal pyrotechnics,
2.Aku langgar peraturan no 1 nieyh,hahaha.jangan salah sangka,perbuatan ini adalah untuk kajian,hehehe.
2.RULE NO 2:Ikut arahan yang diberi dilabel mercun untuk bermain mercun.
Explanation:Arahan itu diberi oleh pyrotechnics di kilang2 mercun,mereka tue orang profesional,mereka tahu la apa nak buat demi keselamatan.So,ikut je.....
3.RULE NO 3:Jangan buka2 atau modified mercun komersial!
Explanation:Jangan buka pasal kita xtau apa bahannya,walaupun kita ada ilmu kimia pyrotechnics,variasi komposisi mercun banyak,xboleh teka dengan pandangan je.Kalau kita modified mercun tu lagi ar,kita mungkin akan buat death mix,x semua mercun sama,bunga api laen,mercun yang meletup lain komposisinya......nanti kita citer pasal death mix ni.
4.RULE NO 4:Tolong awasi orang yang dikhuatiri akan bermain mercun dengan bahaya!Even yang da lepas umur 18 tahun!
Explanation:Ini kerana mereka tidak peka dengan cara bermain mercun yang sebenar.Ini boleh membawa kepada kemalangan.Korang tau tak?Perangai manusia nie berjuta-juta variasinya,kadang-kadang orang yang da nampak matured pown boleh jadi kebudak-budakan.So,awasi mereka yang dikhuatiri akan bermain mercundengan bahaya.Even abang ngan bapak kita,Caring each other is better than one caring the other one right?
5.RULE NO 5:Jangan baling mercun ke arah orang lain! Ajarkan rule ini kepada budak2 kalau mereka berbuat begini!
Explanation:Mercun tak dicipta untuk mencederakan orang lain,ia untuk keseronokan.Kalau bom yela!
6.RULE NO 6:Belajar ilmu kimia dan ilmu pyrotechnics cukup2 baru boleh modified mercun......
Explanation:Korang akan paham klau korang belajar 2 ilmu ni.
7.RULE NO 7:Jangan padatkan belerang mercun komersial!
Explanation:Masyarakat selalu ingat bahawa memadatkan mercun akan memperkuatkan lagi bunyi letupan mercun itu.ini slah sama sekali kerana letupan adalah proses pembakaran yang laju.proses pembakaran memerlukan oksigen.Ruang udara sama dengan oksigen.Oksigen + pembakaran sama dengan disaster!
Letupan bermain dengan tekanan,kelajuan pembakaran belerang dan kekuatan casing mercun.
Tu sebab mercun bola ngan mercun telor x diisi dengan penuh untuk menghasilkan tekanan yang cukup untuk menghasilkan bunyi letpan yang kuat.Dan cuba buka mercun bola atau telor dengan tangan kosong.Nak tercabut tangan di buatnya,kita selalu pijak atau ketuk casing untuk keluarkan belerangnyer.Note:Tolong ikut RULE NO 3........Jangan padatkan belerang sesuka hati kerana teknik pemadatan belerang berbeza mengikut komposisi belerang.Salah teknik equal KABOOM!!!!!
8.RULE NO 8:Jaga mercun dengan elok,seperti anda menjaga duit anda!
Explanation:Kerana dalam penyimpanan mercun mungkin akan rosak seperti yang dinyatakan dalam explanation RULE NO 1,dan jauhkan mercun dari tempat kita bermain mercun kerana bara mungkin akan menghidupkan kesemua simpanan mercun kita.(Pernah terjadi dulu abang aku saje campak sebiji mercun naga dalam sekotak mercun naga.Terang menerang tempat tu.Saje xnak bagi aku main.Bila aku marah dye,dye gelak2 je......)
9.RULE NO 9:Jangan ingat main mercun itu membakar duit.
Explanation:Kalau main elok2 kan mercun itu membawa kebahagiaan?
10.RULE NO 10:Tolong ikut semua RULES ni kesejahteraan kita bersama!
Explanation:Kan bahagia kalau kita dapat main mercun.Hari raya akan lebih meriah kalau mereka ada.Sekarang mercun pown telah diharamkan kerajaan (tapi kita leyh dapat lagi kan?seronoknyer!)
Nescaya kalau semua RULES ini diikut,kemalangan akan berkurangan.Kemalangan akan belaku mengikut qadaq dan qadar ALLAH,kalau benda dah nak berlaku,reda je la kan?Semoga kita juga mendapat keredaannya!amin......
Kalau ada apa2 pertambahan RULES,aku akan informkan...........
So,jangan ingat mercun itu sentiasa bahaya!
Fireworks are not dangerous,it is the art of chemistry! -YUSOFF-
Salam!
Monday, October 4, 2010
Few rules for fireworks playing amateur!
Posted by kuro96inlaila at 3:42 AM 0 comments
Pyrotechnics from me!
Aku rase lama lagi kalau nak post citer baru pasal pyrotechnics atau bab-bab mercun ni.Pasal nyer tengah xde bahan nak buat experiment pyrotechnics nieyh.Jadi,aku citer bnde lama la ek!Nanti kalau ade experiment baru aku akan inform!
Video mercun dari yusoff,homemade tau!:
http://www.youtube.com/watch?v=ZVcPyTZ-aBI
Maybe orang akan kata,whutz was he thinking about?making homemade fireworks!That is dangerous!
Well,bagi aku ar kan,kalau orang tue ade ilmu kimia,ade ilmu pyrotechnics,tau mane yang boleh campur ngan yang xleyh campur.........Dia qualified untuk design mercun.......However,kalau orang yang dah qualified pown,langkah ini perlu dibuat dengan berhati-hati.....xleyh leka! INGAT:Main mercun dengan otak,bukan dengan tangan! -YUSOFF-
Kalau kita tengok kes2 yang masuk hospital tue sumer keje bodo,x menepati terma-terma bermain mercun!
Kita akan bincang benda ni dalam post kemudian!
Salam..........
Posted by kuro96inlaila at 2:34 AM 0 comments
Sunday, October 3, 2010
Membuat header's photo:khat syahadah potassium permanganate
Ha,ingat nak citer sikit psal sye membuat header's photo sye.........
Mula2 memang ade terbayangla nak wat gambar untuk header,pastu start ar pikir nak wat konsep camner.
Then we end up dengan menggabungkan konsep islam dan kimia.mcm kat atas tue...... :)
Prosesnya begini,mula2,amik jangka lukis dan set kan kepada radius tapak conical flask yang kita nak guna. Lepas tu buat la satu bulatan kat tengah2 kertas a4.Dah siap buat bulatan tue,tarik kaki jangka lukis (besarkan radius) kepada saiz yang sesuai.(agak2 luas untuk buat lorong untuk khat kite nanti.).Buat garisan separuh bulat dengan setting nie.ulang untuk buat barisan seterusnya (jika perlu).
Lepas tue grab your calligraphy pen!Masa untuk tukar mode ke mode dunia seni!
Gunakan skill dan imaginasi anda,buat khat slogan yang anda pilih.Saya pilih: ashadu alla ilaha illa allah,wa ashadu anna muhammada 'abduhu wa rasulu.
Lepas tue padam garisan yang kita buat ngan jangka lukis tadi.Lepas nieyh,kita kena buat background untuk gambar kita nie.so,amik 3 kertas a4,gam kan mereka bersama mengikut panjang sisi kertan a4 supaya mereka boleh mengelilingi kertas a4 dengan meninggakan 1 side untuk kamera kita nanti.
Selepas ini kita perlu membuat larutan cair potassium permanganate (kalium permanganat) sebagai subjek.untuk ini,larutkan beberapa miligram potassium permanganate ke dalam 150ml air.
Kalau da siap semua,kita kena panggil kawan untuk tolong kita time photoshoot nanti,pasalnyer untuk memegang background dengan lampu.lampu?ya untuk lighting,baru cantik gambar kita nanti.mane aku dapat lampu?ha,ni nak citer sket.lampu bilik aku ade dua.Satu kat atas ceiling,tapi lampu tue malap pasal saiz da kedudukannya yang tersembunyi.......jadi aku ade lagi satu lampu yang berada di tepi meja kat bilik aku,lampu kalimantang panjang tue tergantung kat paku je,boleh cabut2.Kita guna lampu tue la,lagi pown,aku buat photoshoot nieyh kat atas meja je.......
Lampu tue mesti kena berada 90 darjah atas subjek untuk menghilangkan mana2 bayang.Hasilnya?ini dia:
Kalau aku tangkap gambar nie guna kamera DSLR mesti lagi cantek.......aku tangkap gambar nieyh guna olympus m1030sw je.........
Tapi,terdapat beberapa benda yang aku xberapa puas hati,macam:
Huruf dal ni aku terbuat hodoh sangat ar..........benci!
Huruf wau tue aku wat mcm huruf fa je,kenapa bentuk mcm tue?mungkin sebab x cukup ruang.........dal kat sini agak memuaskan......
Entah kenapa aku suka buat ha bulat macam ni,wau tu silap buat lagi.........
Pastu kalau boleh tengok kat gambar no 5,kat perkataan rasuluh,wau yang bersambung ngan sin tue x cukup besar kepalanya,nampak macam xde kepala.Lepas tue kat huruf lam,badannya xcukup panjang.........
Kebanyakan kesilapan ini adalah disebabkan stail bengkok khat nieyh,first time aku cuba buat tulisan khat lingkaran.......x biasa lagi agaknyer.............slalu buat stail lurus je.
Ok la,tue je nak citer pasal gambar header nieyh.Salam.........
Posted by kuro96inlaila at 1:21 PM 0 comments
Thursday, September 30, 2010
Combustion of acetylene (Pembakaran asetilena)
Update dari calcium carbide post,kan da janjikan nak tunjuk experiment dari pada calcium carbide.
Seperti yang telah dimaklumkan,calcium carbide akan melepaskan gas asetilena apabila bertindak balas dengan air.Hari ini kita akan tengok bagaimana pembakaran gas asetilena.
Video experiment boleyh ditengok di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=4dCAJ-P_U0U
Gas asetilena sangat mudah terbakar.Gas inilah yang terbakar apabila kita main meriam buluh.Sayang xde klip aku main meriam buluh.Tengoklah,kalau dapat pinjam meriam kawan lagi,aku akan buat video chemistry of acetylene cannon.
Pasni aku akan wat video pasal reaksi asetilena ngan klorin.tengah nak edit nieyh.
NANTIKANNYA DARIPADA KIMIA JAWI!
Posted by kuro96inlaila at 11:26 PM 2 comments
Penghargaan atas pinjamanmu
Nieyh aku nak berterima kasih sangat kat seorang kawan aku nieyh,nama nyer nur zafirah,blog nyer: http://zaffmartius.blogspot.com/
Kerana telah selalu bagi pinjam peraut pensel kat kelas ngan bagi aku lead pensel tekan.Hanya aku seorang je yang gamak guna pensel kayu,dah tue xde peraut lak,memang keje meminjam je la.
Dah tue dia je yang ade peraut kat dalam kelas tue,memang selalu ar aku pinjam,hahaha.
Posted by kuro96inlaila at 11:06 PM 1 comments
Wednesday, September 29, 2010
Mengenal Unsur & Sebatian
Unsur ialah bahan kimia tulen yang terdiri dari satu jenis atom yang sama.Atom ini boleh dikenali dengan nombor atomik dan susunan elektronnya.Unsur tidak boleh dihancurkan,dihuraikan.Ia tidak boleh ditukarkan kepada bahan yang lain kecuali dengan menggunakan kaedah yang istimewa.Ia terbahagi kepada beberapa kumpulan:
1.Logam alkali
2.Logam alkali bumi
3.Logam peralihan
4.Lantanid
5.Aktinid
6.Logam lemah
7.Metaloid
8.Bukan logam
9.Halogen
10.Gas nadir
Posted by kuro96inlaila at 10:52 PM 0 comments
Monday, September 27, 2010
Silver nitrate/Perak nitrat
Meh kita citer sikit pasal Perak nitrat (Silver nitrate) nieyh,
Perak nitrat adalah sebuah sebatian yang mempunyai formula kimia AgNO3 .Sebatian ini selalu menjadi sebatian asas dalam membuat sebatian perak yang lain.Perak nitrat jauh lebih tahan kepada cahaya berbanding sebatian perak halida.Nama lamanya ialah kaustik luna.
Pada abad ke 13,Albertus Magnus menerangkan kebolehan asid nitrik memisahkan emas dan perak dengan cara melarutkan perak.
Perak nitrat dapat diperbuat dengan menindak balas logam perak dengan asid nitrik:
Ag + 2 HNO3 → AgNO3 + NO2 + H2O
Reaksi ini perlu dibuat di dalam kebuk wasap atau di luar kerana ia menghasilkan nitrogen dioksida yang beracun.
Larutan perak nitrat bertindak balas dengan logam kuprum membentuk kristal perak yang rapuh(tetapi boleh dicairkan untuk mendapatkan ketulan perak:
2 AgNO3 + Cu → Cu(NO3)2 + 2 Ag
Perak nitrat terurai apabila dipanaskan:
2 AgNO3 → 2 Ag + O2 + 2 NO2
Biasanya nitrat logam akan terurai kepada logam oksida,tetapi memandangkan tahap suhu penguraian perak oksida lebih rendah daripada tahap suhu penguraian perak nitrat,
proses ini membentuk logam perak daripada membentuk perak oksida.
Perak nitrat digunakan untuk menguji kehadiran ion klorida,sebagai ejen anti-kuman,fotografi,
silver staining,dan ubat-ubatan.
Larutan perak nitrat boleh menggelapkan warna kulit buat sementara,sebelum warna tersebut terkopak dari kulit tanpa kesakitan.
Perak nitrat juga beracun dan menghakis:
http://www.youtube.com/watch?v=ofqW-1eBB4o
Maklumat tambahan:
1.Jisim molar:169.87 g mol
2.Ketumpatan:4.35 g/cm3
3.Tahap lebur:212 °C
4.Tahap didih:444 °C (terurai)
5.Rating NFPA 704:Flamability:0,Health:2,Reactivity:3,Special rating:pengoksida
Sebatian ini dikatakan sebatian termurah daripada sebatian perak yang laen,tapi aku beli perak nitrat 100g jenama bendosen je pown dah RM35..........
Posted by kuro96inlaila at 1:21 AM 1 comments

