Pages

Monday, November 21, 2011

Roket Cuka/Soda bikarbonat

Hm,seperti yang dijanjikan,ini dia article pasal roket cuka/soda bikarbonat.minta maaflah pasal lambat post benda ni,baru sekarang free sikit.hehe



Post ni saya dedicatekan kat tiyah,sorry ek pasal lambat!

Hm,roket cuka ni menggunakan prinsip tekakan untuk menghasilkan tujahan yang diperlukan untuk membuatkan ia terbang.Cara2 menghasilkannya seperti di dalam video,kena la tengok ek!

Bila roket diterbalikkan,cuka akan bercampur dengan soda bikarbonat.Mereka bertindak balas menghasilkan karbon dioksida.Pertambahan gas di dalam tempat tertutup akan menghasilkan tekanan.
Tekanan ini pula akan menolak setiap permukaan botol,bila botol tidak dapat menampung tekanan tersebut,penyumbat getah akan tercabut melepaskan tekanan yang lalu ditukarkan kepada tenaga tujahan untuk roket.huh get it fellow?(terpanjang pula penerangannya,hehe)


Untuk test kedua pula kita menggunakan belerang sebagai sumber tenaga,dimana hasil pembakaran belerang juga menghasilkan gas.Lubang dibuat di tepi leher botol untuk memasukkan sumbu.Tapi roketnya tak naik tinggi sangat la.Dari pemerhatian,bentuk botol tak sesuai,botol naik berpusing2 lepas belerang terbakar.Tapi lepas tu botol tue da macam botol jin,banyak asap!  -_-"

Untuk test ketiga pula,kita try menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar.Hm,apa jadi ek?Sebab gas hidrogen ini akan meletup apabila dibakar.Gas hidrogen dijana dengan reaksi aluminium dengan asid hidroklorik.Lepastu kumpulkan kat dalam botol,masukkan sumbu,tutup dengan penyumbat getah,siap!
Hasilnya pula,hmm,tujahan terlalu kuat,dalam video tak dengar sangat tapi kalau tengok depan2 kuat juga lah bunyi dia.Penerbangannya jadi tak stabil.

Hm jadi itulah hasil eksperimen kita untuk masa ni.
Ingat!kita takkan tahu selagi tidak mencuba!
Ek!


Eh,lupa la,ni ha gula2!:

Sunday, November 13, 2011

E number,makhluk ape tu?

Hari ni ingat nak tulis pasal E number la.Mungkin sesetengah di antara kita tertanya-tanya "Makhluk ape la E number ni? E ape pulak yang ade nombor?".Ha,kat sini la kita nak tauapa bendanya E number tu!



E number-E number ialah kod untuk bahan-bahan aditif makanan/bahan yang digunakan didalam makanan.E number digunakan untuk bahan-bahan yang digunakan dalam Kesatuan eropah (disini jelas kita ketahui bahawa "E" di dalam E number bermaksud "European"),tetapi ia juga digunakan secara meluas di seluruh dunia.Namun begitu terdapat juga beberapa negara yang tidak menggunakan E number ini.

E number ini dinyatakan di dalam bentuk E dan diikuti oleh nombor kod bahan.Seperti E300 untuk vitamin C (asid askorbik).E number juga terbahagi kepada beberapa kelas penggunaan.E number dikelaskan seperti berikut:

  •  E100–E199 (bahan pewarna)
  •  E200–E299 (bahan pengawet)
  •  E300–E399 (antioksida, pengawal keasidan)
  •  E400–E499 (pemekat, penstabil, pengemulsi)
  •  E500–E599 (pengawal keasidan , agen anti-ketulan)
  •  E600–E699 (penambah perasa)
  •  E700–E799 (antibiotik)
  •  E900–E999 (lain-lain bahan)
  •  E1000–E1599 (bahan kimia tambahan)
Pengkelasan E number sebenarnya menjadi lebih teliti apabila jenis bahan seperti bahan pewarna juga turut dikelaskan,sebagai contohnya E100-E109 ialah untuk pewarna kuning,E110-E119 untuk pewarna jingga.Begitu juga lah pengkelasan nombor seterusnya.Setiap nombor perpuluhan terdiri di dalam kelas yang berbeza.

Terdapat juga beberapa E number yang mendatangkan mudarat seperti E123(amaranth),E129(allura red) dan E104(quinoline yellow).

Carta lengkap E number boleh didapati di sini:

Jadi,bolehlah periksa apa yang terkandung dalam E number kat label produk makanan kan? :D


Friday, November 11, 2011

Hm,dah lama tak tulis post kat blog ni!

Hargh!
Lamanya tak  tulis apa-apa kat blog ni! saya mintak maaf sangat-sangat kepada mereka yang menunggu post yang baru kat dalam blog ni! Sorry ek!

Ni semua sebab lappy rosak masa bulan september ari tu,jadi tak boleh nak online,nak gi cyber cafe mahal plak.Jadi tak sempat la nak buat apa-apa post kat sini.Baru minggu lepas dapat komputer baru.

Hm,sekarang pun Peperiksaan PMR dah lepas,tenang la sikit hati.Baru boleh rileks2.Mentang2 banyak masa terluang ni,boleh la masukkan post2 baru kat blog ni.

Jadi,tu saja la untuk hari ni!
Assamu'alaikum!
Sehingga kita bertemu lagi!