Pages

Friday, June 3, 2011

Mengembalikan apa yang telah mati~

Ohayo gozaimasu!O genki desu ka?anata wa tabemasu ka? soo,soo ak da lama berhenti study Japanese ni.Da setahun setengah da kot.Banyak da lupa,haish.Tapi entah kenapa time cuti ni tergerak plak hati nak study balik.Tapi masih tak sehebat dulu ar,tengah usaha ni.

Sehubungan dengan itu,tergerak juga lah hati ak nak melukis balik,kalau dulu nak lukis stail anime ngan manga ni senang je,tapi sebab da lama berhenti,skill pun da kurang.Nasihat saya kepada sesiapa yang ada skill,ada kebolehan nak buat sesuatu benda jangan berhenti wat bende tu tiba-tiba dalam jangka masa yang lama,nanti skill hilang,tau!

Hm,ni lukisan ak 2 tahun lepas,cantik tak?:


Hm,ramai yang tak percaya ak yang lukis, -_-"
Anyway,kenal tak ni watak spe dalam anime pe?

Beberapa hari lepas ade la gak try lukis lagi tapi first try buruk sangat!malu nak tunjuk! -_-"
Selepas wat beberapa inspection,ni hasil second try:

Tapi agak tak puas hati la dengan bentuk muka dye,sumthing wrong lah~ Lepas tu untuk third attempt nak lukis muka perempuan plak:

kireimasen yo!kanashii ne?

Kuso! langshung tak jadi!lepas tu ingatkan nak kembali ke watak lelaki untuk fourth attempt:

Urm,rasenye yang spoil nisbah muka je,yang atas kurang panjang,yang bawah terlalu lebar.
Onegai,watashi no te,onegai!
Dengan semangat yang jitu,melangkah ke fifth attempt!:

Maa,maa!Kore wa kawaii desu ne? 

Hm,camni baru la puas hati,tapi still banyak yang nak kene praktis la.
Bahasa jepun pun sama,kena banyak praktis.
Kalau ade salah silap tolong betulkan ye sesiapa yang tahu! :D
Maa,sayonara!
Ja,mata itsuka ne!

Sodium:Logam yang meletup!~

Sodium.Pernah dengar?kebelakangan ni ade rancangan TV Clever rasenyer kalau tak silap (rumah takde astro la katekan) yang memperkenalkan nama "Sodium" ni kat Malaysia.

Jadi pe citernye sodium ni?Sodium ni salah satu logam alkali,berwarna silver dan mempunyai nombor atom 11.Lembut sehingga boleh dipotong dengan pisau atau apa-apa kepingan besi.Kelembutannya menyerupai mentega yang keras.Tetapi jangan tertipu dengan kelembutan luarannya!Sodium akan bertindak balas dengan air mengeluarkan hidrogen.Dan selalunya hidrogen tu akan terbakar dan logam itu meletup!

Seperti logam alkali yang lain,sodium perlu disimpan di dalam minyak mineral,kerana ia akan bertindak balas dengan pelbagai bahan terutamanya udara.Logam sodium membentuk pelbagai sebatian.Sebagai contohnya: sodium chloride,sodium bikarbonat,sodium glutamat.Macam pernah dengar je ye tak? Ini sebabnya:

Sodium chloride=Garam masakan
Sodium bikarbonat=soda bikarbonat yang buat masak kek tu
Sodium glutamat=Aji no moto

Hm,semua barang-barang dapur kan?Begitu besar jasa sodium ni,haha.Lagi satu keistimewaan sebatian logam alkali:semua sebatian mereka akan larut di dalam air.Jadi,sodium karbonat akan larut di dalam air sementara karbonat logam lain tidak (contohnya:kuprum karbonat,kalsium karbonat).

Logam sodium telah diekstrak dari sodium hidroksida melalui proses elektrolisis oleh Sir Humphry Davy pada tahun 1807.Jadi sekarang ni da 204 tahun logam sodium ni dikenali manusia.Tetapi kini sodium dihasilkan melalui proses mengelektrolisis cairan sodium chloride.



Logam sodium ada pelbagai kegunaan,sebagai contohnya ialah meningkatkan ketulenan pelbagai logam lain,mengekstrak logam,penyejuk reaktor nuklear,sebagai bahan penurun di dalam pembuatan sebatian organik,wap sodium digunakan untuk menghasilkan cahaya kuning terang dan membuat beberapa jenis alloi.
Hm kalau lampu jalan yang kaler oren kekuning-kuningan tu mesti guna sodium!

Sodium ialah salah satu nutrien penting dalam badan kita.Ia akan mengekalkan kandungan bendalir dalam badan.

Video ujikaji logam sodium: