Logam Lithium (kita akan refer sebagai lithium je kat tempat lain dlm artikel ni ek!) ialah sejenis logam alkali,berwarna putih-silver,bersimbol kimia Li , dan mempunyai nombor atom 3.Di dalam keadaan standard,ia merupakan logam paling ringan dan logam yang paling kurang ketumpatannya.Tapi sayangnya logam ini sangat reaktif (biasa lah,logam alkali -_-") dan ia sedia bertindak balas dengan air,sebab tue apabila manusia memerlukan logam yang ringan (untuk housing elektronik,cth:handphones),alloi logam magnesium digunakan.Hal ini kerana logam magnesium ialah logam yang paling ringan yang tidak terlalu reaktif,dan praktikal digunakan.
Kerana sifat reaktif yang tinggi juga lah lithium ni selalu disimpan di dalam minyak mineral/paraffin oil.Apabila terdedah kepada udara atmosfera,ia akan membentuk lapisan luar yang mengandungi lithium oksida,lithium karbonat,lithium hidroksida dan lithium nitrid.
Tuesday, May 24, 2011
Mari mengenal logam lithium!
Posted by kuro96inlaila at 6:42 PM 2 comments
Sunday, May 1, 2011
Logam Alkali,makhluk ape tuh?
Hari ni ingat nak citer pasal logam alkali la.Makhluk ape diorang ni sebenarnya?Logam alkali ataupun nama lainnya "Elemen kumpulan 1" ni adalah nama kumpulan untuk 7 elemen.Elemen pon ade kumpulan ke?mesti la ada!
Walaupun Hydrogen ni termasuk dalam kumpulan logam alkali (elemen kumpulan 1),ia sangat jarang menunjukkan "perangai" yang hampir sama dengan logam alkali.Walau bagaimana pun,pada suhu dan tekanan yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat tinggi,ia akan bertukar rupa menjadi seakan-akan logam.
Kalau nak tengok logam alkali dalam carta berkala,mereka ialah golongan menegak yang paling kiri sekali di dalam carta tersebut.Mereka (logam alkali) ialah, Litium,Natrium/Sodium,Kalium/Potassium,Rubidium,Caesium dan Francium.
Posted by kuro96inlaila at 2:31 PM 3 comments