Pages

Wednesday, December 15, 2010

Pengoksidaan pantas arang kayu

Arang kayu akan teroksida menjadi karbon dioksida dan wap air dengan perlahan2 apabila dibakar,tetapi bagaimana pula jika proses ini dipercepatkan?
Campak saja arang kayu itu ke dalam kalium klorat cair!
Kompem sekelip mata dye hilang!

Baru-baru ni saya ade wat video mendemonstrasikan pengoksidaan pantas arang kayu menggunakan kalium klorat:

Rapid oxidation of charcoal using potassium chlorate

Intonasi nampaknyer semakin baik!
hohoho!
Anyway feel free to comment!

Kalium klorat ni kena jaga ketulenannyer,kalau tak jaga,susah,
ia boleh terbakar tiba2,
lagi2 dengan kehadiran sulfat,sulfida,sulfur,fosforus,fosfat dan fosfida.
Memang musuh2 ketat kalium klorat diorang tue!

Hope you enjoy the video,
Please have a look at my youtube channel!

Tuesday, December 14, 2010

Besi dan kuprum,apa kaitannya dengan darah?

Firstly kita kena mengenal darah,darah ialah salah satu cecair yang ada di dalam badan.Ia terdiri daripada plasma,protein,hormon,glukos,ion mineral,carbon dioksida,platelet dan sel darah merah.

Dalam sel darah merah terdapat satu bahan yang dinamakan haemoglobin,iaitu protein yang mengandungi atom besi.Ia akan membawa oksigen dengan mengikatkan dirinya dengan oksigen.
Darah haiwan bertulang belakang akan menjadi merah terang jika dioksigenkan.

Tetapi berlainan pula dengan krustasia dan moluska,mereka menggunakan haemocyanin berbanding menggunakan haemoglobin untuk menghantar oksigen ke badan mereka.Haemocyanin ialah protein yang mengandungi atom kuprum.Jika dalam keadaan tak dioksigenkan,haemocyanin berwarna jernih manakala apabila dioksigenkan berwarna biru terang.

Sebab tue darah belangkas berwarna biru,
Pernah tengok tak?
Hm,macam mana la kalau kita elektrolisiskan darah belangkas ni?
Agak-agak keluar kumprum tak?
hahaha!

Tetapi kebolehan haemocyanin membawa oksigen kurang hebat daripada haemoglobin,
kalau manusia lumba lari dengan ketam,
kompem manusia menang,
sebab sampai satu masa nanti,
ketam akan pitam sebab tak dapat oksigen,
Hm,butter-grilled crab?
hahaha!

Ini la kaitannya logam kuprum dan besi dalam metabolisme badan hidupan!
Kat pokok lain ye!
Ade masa kita cerita pasal pokok lak!

Assalamu'alaikum!

Tuesday, December 7, 2010

Pengawetan anak arnab!

Time bulan November lepas,akhir2 zaman sekolah 2010,anak-anak arnab pembantu makmal sains rendah (cik leha & cik lee) telah diserang ular.Anaknyer mati,maknyer tak mati!
Bertuahnyer arnab!
Kalau bukan kerana mati sebab kena patuk da lama aku wat sate!
haha! (melawak jer).

Dengan itu aku amik kesempatan untuk wat video mengawet arnab ni!
Da lama tersimpan dalam komputer ni tapi baru minggu ni nak edit & upload kat Youtube,
ni videonyer:

http://www.youtube.com/watch?v=ra0tVmOXOa4

Ini menjadi contoh kepada kebolehan formalin untuk mengawet protin kerana menghubungkan atom nitrogen antara asid amino di dalam protein kepada atom nitrogen di dalam protein yang lain melalui ikatan -CH2-.
Seperti yang telah dinyatakan di dalam post formaldehyde/formalin!

Rasa sedih pon ade time nak awet tu,bila cucuk kat badan ada bunyi crak-cruk,
sian......
Tapi nak wat camner kan?
Ok,enjoy la ek!

Assalamu'alaikum!

Sunday, December 5, 2010

Order bahan kimia sudah sampai! (^_^)

Post ni sepatutnya dikeluarkan semalam,tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa dikeluarkan hari ini.
Semalam,hari sabtu saya pergi ke Batu Caves,ke syarikat Progressive scientific sdn bhd,nak beli barang-barang sains,hohoho!

Dengan itu juga hangus la RM630 hasil kutipan tahun ni (T_T):



Tak pe la,semua itu hak Allah..........

Sampai kat sana lama gak nak amik barang,pasal nak habiskan RM6** tue,mula2 tanya harga,lepas tue pilih,place order,tunggu,confirm barang,bayar dan ANGKAT!
hahaha!
Terlalu happy la da dapat barang-barang ni,da lama tunggu nak dapat..........

Ape yang saya beli?hmm,banyak gak,

Chemical:copper sulfate,zinc chloride,aluminum powder,potassium chlorate,ammonium chloride,ammonium nitrate,ammonium dichromate,potassium metal,sodium metal,iron oxide,calcium carbonate,glycerine,ethanol dan sodium silicate.

Barang hardware:Digital balance,round-bottomed flask 500ml,still head,vigreux collumn,liebig condenser,graham condenser,thermometer 360°C,testube rack 8 holes,testube 8 unit,rubber hose,cork,distillate reciever dan sep funnel 500ml.

                                                                              Banyak tak?haha!

Tapi bila dalam perjalanan balik ke sabak bernam baru teringat saya tak save duit untuk potassium nitrate, hampeh,tak dapat ar kowt dalam tempoh cuti sekolah ni...........
nak buat camner......

Apa-apa pown yang pasti minda kimia akan mula mengibaskan sayapnya,
melewati ke lembah yang tidak diketahui,
demi mencari ilmu pengetahuan,
yang masih menunggu untuk diketahui!

Assalamu'alaikum!

Wednesday, December 1, 2010

Karat,besi oksida?

Sebelum kita melangkah jauh,perlu  diketahui bahawa besi adalah sejenis logam,yang mempunyai formula kimia Fe,sementara logam pula ialah elemen yang tergolong dalam kumpulan logam peralihan,lantanoid,aktinoid,logam miskin,logam alkali dan logam alkali bumi.



Karat,pe ke bendenye tue?kalo besi dibiarkan terdedah kepada air dan udara,maka ia akan mula berubah kepada habuk-habuk berwarna coklat,kan?Pernah tertanya tak ape ke bende sebenarnya karat ni?
Jom kita explore!

Karat sebenarnya ialah besi (III) oksida,atau lebih tepat lagi campuran antara besi (III) oksida dan besi hidroksida,ini kerana wujudnya lembapan di dalam udara yang menyediakan ion OH-.


Gambar diatas ialah besi (III) oksida gred makmal.Besi oksida ini sedia larut di dalam asid,terutama asid kuat seperti asid hidroklorik dan asid sulfurik.Tue salah satu sebab orang jaga keris lumurkan air limau kat keris,supaya karat kat keris tue hilang.Tetapi ada petua yang membiarkan karat pada keris tue,bertujuan agar tikaman lebih "berbisa".

Apabila dicampurkan karat/besi oksida dengan aluminium ,akan menjadi salah satu campuran termit,yaitu proses reduksi logam oksida menggunakan logam yang lebih reaktif dari logam yang memegang oksigen di dalam logam oksida,selalunya aluminium.Campuran ini memerlukan cara khas untuk menghidupkannya,dan apabila terbakar,boleh mencapai 2500°C:

2 Al + Fe2O3 → 2 Fe + Al2O3

Campuran ini selalu digunakan untuk mengimpal landasan kereta api.

Besi oksida juga digunakan untuk menghasilkan besi tulen,melalui reduksi dengan karbon atau hidrogen.
Tetapi dalam industri mereka menggunakan reduksi karbon kerana lebih jimat dan selamat.

Bahan ini juga digunakan sebagai bahan pengilat,selalunya dalam industri barang kemas.
Selain itu ia juga digunakan sebagai pigmen.

Mentang-mentang bercerita pasal besi ni,nak citer sket,tahu kah anda bahawa anda boleh mengeluarkan besi melalui bijiran sarapan pagi atau makanan sepertinya?

Caranya begini:
1.Pegi supermarket cari bijirin  yang paling tinggi kandungan besi/zat besi/iron.
p/s:kalau jumpa bagitau saya ek!nak tau gak jenama mana paling banyak kandungan zat besi

2.Hancurkan bijirin tue sehalus-halusnya,rendam dalam gelas dengan air panas selama setengah jam.

3.Amik magnet,kalau boleh magnet jenis neodymium,contohnya magnet hard-disk.kalau tak ada magnet biasa pon boleh,cuma menganbilmasa yang agak lama.Letakkan magnet di tepi gelas dan kacau selama 5 minit (mungkin lebih lama!).

4.Lihat besi yang telah anda keluarkan dari bijirin itu!
   Percaya tak ade besi dalam makanan kita?

Cuma eksperimen ini tak selalunya jadi ketika pertama kali kita membuatnya,cuma teruskan berusaha!
itulah cara sainstis,bangkit dari kemusnahan!

Salam!