Pages

Sunday, March 3, 2013

Atomic theory/Teori atom:Bahagian 2!~

Setelah sekian lama tertunda,
akhirnya tercoret jua teori atom bahagian kedua ni.
Kalau tengok balik tarikh post teori atom bahagian 1,malu rasanya.
Macam-mana la boleh lama sangat tertangguh.

Kat mana last kita stop hari tu?
Hm,dekat Amedeo Avogadro ea?
Ok,jom kita sambung balik~

Setelah si Avogadro tue membuktikan apa-apa dua gas yang mempunyai isipadu yang sama,pada suhu dan tekanan yang sama mempunyai bilangan molekul yang sama.Peraturan ini dinamakan Hukum Avogadro.Dan dengan hukum inilah Avogadro dapat mengira jisim atom oksigen dan unsur-unsur dengan lebih tepat.Tetapi disebabkan kurangnya keyakinan ahli-ahli kimia terhadap teori-teori Avogadro,mereka meragui Avogadro.
Namun pada akhir kurun ke-19 idea Avogadro telah diterima secara meluas di kalangan ahli-ahli kimia dunia.

Good job,
Avogadro!

Pada tahun 1827 ahli botani British Robert Brown memerhatikan pergerakan debunga pada permukaan air.Dia mendapati debunga berubah arah pergerakannya tanpa sebab.Pergerakan ini dinamakan Pergerakan Brown.Kemudian pada tahun 1905 Albert Einstein menteorikan bahawa pergerakan ini disebabkan oleh molekul air yang sentiasa berterusan melanggar debunga dipermukaan air.Albert Einstein turut menyertakan bukti matematik bagi menguatkan teorinya.Dan pada tahun 1908,ahli fizik Perancis Jean Perrin telah membuktikannya secara ujikaji justeru menamatkan pertelagahan selama seratus tahun tentang teori atom John Dalton.

Video menunjukkan pergerakan Brown menggunakan nanopartikel di dalam air.
Video adalah milik
NanoVoice



Sebelum tahun 1897 dimana J.J. Thomson menemui elektron hasil daripada kajiannya mengenai sinar katod,atom dianggap sebagai zarah terkecil dalam jirim.Ujikaji sinar katod menggunakan Tiub Crookes dimana ianya adalah sebuah tiub kaca yang mempunyai elektrod di hujungnya yang terpisah dengan ruang vakum.Apabila voltan dialirkan,sinar katod terhasil.Thomson mendapati sinaran ini dapat dipesongkan dengan menggunakan medan elektrik.Maka Thomson mensimpulkan sinaran ini mesti terdiri daripada partikel-partikel ringan yang bercas negatif.Dia menamakan partikel ini "corpuscles" dimana kemudiannya sainstis lain menamakannya elektron.

Tiub Crookes
Rajah menunjukkan pesongan sinar katod apabila dipengaruhi medan elektrik
(Dimana sinar tertarik kepada kutub positif di P2)



Thomson mempercayai bahawa "corpuscles" ini terhasil daripada molekul-molekul gas yang terdapat di sekitar katod Tiub Crookes sekaligus menyatakan bahawa "corpuscles" lah yang menjadi asas binaan atom. Untuk menerangkan mengapa atom bercas neutral,dia mencadangkan idea "corpuscles" tersebar secara sekata di dalam cas-cas positif.Model idea ini dinamakan Model Puding Plum.

Rajah menunjukkan Model Puding Plum.
Dimana elektron dikelilingi medan yang bercas positif.

Tetapi Model Puding Plum Thomson ternyata salah apabila bekas pelajarnya,Ernest Rutherford menemui bahawa sebahagian besar jisim dan cas positif sesebuah atom terkumpul betul-betul di tengah-tengah atom dengan nisbah saiz yang sangat kecil (sebagai contohnya,jika kita ambil atom hidrogen dan membesarkan nukleusnya sebesar bola keranjang,elektronnya akan berada 20 batu jauhnya dari bola keranjang tersebut!).

Di dalam ujikaji kerajang emas, Hans Geiger dan   Ernest Marsden (mereka merupakan rakan seperjuangan Rutherford yang membantunya) menembak partikel alpha ke kerajang emas tipis.Pesongan partikel alpha dikesan dengan menggunakan skrin fluoresen.Andai katalah jika atom benar-benar seperti apa yang Thomson katakan,(elektron mempunyai jisim yang sangat kecil,momentum partikel alpha yang tinggi dan sebaran cas positif yang tidak kuat dalam model puding plum),sudah tentu partikel alpha akan melepasi kerajang emas tersebut tanpa ada pesongan berlaku.



Namun lain pula yang terjadi,sebahagian kecil partikel alpha dipesongkan dengan kuat sekali.Ini membuatkan  Rutherford mencadangkan model Planetari atom dimana awan-awan elektron mengelilingi nukleus yang bercas positif.Hanya kepekatan cas sebegitu sahaja yang mampu memesongkan partikel alpha sebegitu rupa.



Maka dengan ini terbentuklah model atom seperti yang diketahui hari ini.
Dimana nukleus sesebuah atom terdiri daripada proton (zarah bercas positif) dan neutron (zarah bercas neutral) dan nukleus tersebut dikelilingi elektron (zarah bercas negatif) yan terletak di petala-petalanya yang tersendiri.

Perjalanan manusia mengenal dan mengkaji struktur atom adalah perjalanan yang lama dan mencabar.
Tetapi dengan izin-Nya dapat jua kita mengetahui rahsia alam ini.
Deangan ini khatamlah kisah tentang teori atom!





Ja!Mata ne!~