Pages

Sunday, February 10, 2013

Rubidium:Logam alkali yang kurang popular....

Oh,hidup pelajar calon SPM tahun ni tersangatlah sibuk dengan timbunan kerja sekolah yang entah bila mahu   surut.Hampir tak ada masa nak mencoret cerita dalam blog ni.
Ok,enough with the random rambling!
Hari ni kita akan bercerita tentang Rubidium (mempunyai simbol "Rb") yang berjisim atom 37,sejenis logam alkali terletak diantara logam Potassium (Kalium) dan Sesium di dalam kumpulan logam alkali.Rubidium adalah logam lembut yang berwarna perak dengan takat lebur 39.31 °C.Logam ini wujud dalam bentuk pepejal di dalam suhu bilik dan mempunyai ketumpatan 1.532 g·cm−3.Rubidium mempunyai berat atom berjumlah 85.4678.


Logam Rubidium di dalam ampoul.

Alkisah Logam Rubidium ini pertama kali dijumpai oleh  Robert Bunsen dan Gustav Kirchhoff pada tahun 1861 di Hiedelberg,Jerman.Mereka menemukan Rubidium melalui proses spektroskopi di dalam mineral Lepidolite.Dan oleh kerana jalur merah yang wujud di dalam pancaran spektrumnya (pancaran spektrum adalah hasil proses spektroskopi) ia dinamakan Rubidium dimana perkataan Rubidium berasal dari perkataan Latin "rubidus" yang bermaksud merah gelap.


Ujian api Logam Rubidium.
(Warnanya agak sama dengan warna ujian api Logam Potassium,oleh itu,ujian lanjut melalui spektroskopi perlu dijalankan untuk membezakan mereka berdua)

Rubidium terletak ditangga yang ke 23 dalam kedudukan unsur yang paling banyak di kerak bumi.Lebih kurang sama banyak dengan Zink dan lebih banyak daripada kuprum.Ia wujud dalam beberapa galian terutamanya Leucit,Pollucit,Karnallit dan Zinnwaldit.Kepekatannya di dalam air laut ialah 125 µg/L.Dua tempat terkenal dengan perlombongan galian Rubidium ialah di  Tasik BernikManitobaKanada dan  pulau  Elba di Itali.Walaupun begitu,taburan dan penggunaannya yang kurang telah menjadikan ia antara logam alkali yang paling tidak popular.

Walaupun rubidium lebih banyak dalam kerak Bumi daripada sesium, aplikasinya yang terhad dan kekurangan mineral yang kaya dengan rubidium menghadkan pengeluaran sebatian rubidium 2 hingga 4 tan setahun.Untuk beberapa tahun dalam tahun 1950-an dan 1960-an, bahan sampingan  pengeluaran kalium dipanggil Alkarb adalah sumber utama bagi rubidium. Alkarb mengandungi rubidium 21%, dengan bakinya kalium dan sebahagian kecil lagi adalah sesium.

Waulaupun Rubidium bersifat monoisotop,ia mempunyai dua isotop semulajadi,iaitu  85Rb (72.2%) yang stabil dan  87Rb (27.8%) yang radioaktif.Rubidium juga mempunyai 24 isotop sintetik selain dari yang telah dinyatakan.


Susunan elektron di dalam atom Rubidium

Sebatian Rubidium kadang kala digunakan di dalam bunga api untuk menghasilkan warna ungu.Wap logam Rubidium digunakan di dalam laser.Tetapi Rubidium menjalankan tanggungjawabnya dengan menjadi komponen utama dalam jam atom.

Rubidium perlu disimpan didalam minyak mineral ataupun disimpan di dalam ampoul beratmosfera gas adi.Hal ini kerana logam Rubidium membentuk peroksida apabila terdedah kepada oksigen.Dan peroksida yang terhasil perlulah dikendalikan seperti mana di dalam kes logam Potassium.Badan selalunya menganggap ion Rubidium debagai ion Potassium,dimana ia akan terkumpul di dalam cecair di dalam sel.Ia tidaklah begitu bahaya terhadap  manusia,manusia berjisim 70kg mempunyai 0.36g Rubidium di dalam badan dan peningkatannya sebanyak 50-100 kali ganda tidak menunjukkan apa-apa kesan.Tetapi ujian pada tikus makmal yang mempunyai 50% Rubidium di dalam sel otot membawa kepada kematian tikus tersebut.

Jadi,walaupun logam Rubidium tidak banyak kegunaannya di dalam dunia manusia ini,ia tetap sebuah unsur kumpulan logam alkali yang menarik.


Untuk pengetahuan lanjut sila lawati laman ini:

...
...
...
...
...
...
...
Oh ya,sempena tarikh yang gembira ini saya mengucapkan Gong xi fa cai kepada pembaca-pembaca yang menyambut tahun baru cina,semoga anda menemui kebahagiaan di tahun yang bakal mendatang!

0 comments: