Pages

Friday, June 3, 2011

Sodium:Logam yang meletup!~

Sodium.Pernah dengar?kebelakangan ni ade rancangan TV Clever rasenyer kalau tak silap (rumah takde astro la katekan) yang memperkenalkan nama "Sodium" ni kat Malaysia.

Jadi pe citernye sodium ni?Sodium ni salah satu logam alkali,berwarna silver dan mempunyai nombor atom 11.Lembut sehingga boleh dipotong dengan pisau atau apa-apa kepingan besi.Kelembutannya menyerupai mentega yang keras.Tetapi jangan tertipu dengan kelembutan luarannya!Sodium akan bertindak balas dengan air mengeluarkan hidrogen.Dan selalunya hidrogen tu akan terbakar dan logam itu meletup!

Seperti logam alkali yang lain,sodium perlu disimpan di dalam minyak mineral,kerana ia akan bertindak balas dengan pelbagai bahan terutamanya udara.Logam sodium membentuk pelbagai sebatian.Sebagai contohnya: sodium chloride,sodium bikarbonat,sodium glutamat.Macam pernah dengar je ye tak? Ini sebabnya:

Sodium chloride=Garam masakan
Sodium bikarbonat=soda bikarbonat yang buat masak kek tu
Sodium glutamat=Aji no moto

Hm,semua barang-barang dapur kan?Begitu besar jasa sodium ni,haha.Lagi satu keistimewaan sebatian logam alkali:semua sebatian mereka akan larut di dalam air.Jadi,sodium karbonat akan larut di dalam air sementara karbonat logam lain tidak (contohnya:kuprum karbonat,kalsium karbonat).

Logam sodium telah diekstrak dari sodium hidroksida melalui proses elektrolisis oleh Sir Humphry Davy pada tahun 1807.Jadi sekarang ni da 204 tahun logam sodium ni dikenali manusia.Tetapi kini sodium dihasilkan melalui proses mengelektrolisis cairan sodium chloride.



Logam sodium ada pelbagai kegunaan,sebagai contohnya ialah meningkatkan ketulenan pelbagai logam lain,mengekstrak logam,penyejuk reaktor nuklear,sebagai bahan penurun di dalam pembuatan sebatian organik,wap sodium digunakan untuk menghasilkan cahaya kuning terang dan membuat beberapa jenis alloi.
Hm kalau lampu jalan yang kaler oren kekuning-kuningan tu mesti guna sodium!

Sodium ialah salah satu nutrien penting dalam badan kita.Ia akan mengekalkan kandungan bendalir dalam badan.

Video ujikaji logam sodium:


2 comments:

sufian sanusi said...

Kat mana nak beli ye.. range dalam berapa

sufian sanusi said...

Kat mana nak beli ye.. range dalam berapa