Pages

Tuesday, May 24, 2011

Mari mengenal logam lithium!

Logam Lithium (kita akan refer sebagai lithium je kat tempat lain dlm artikel ni ek!) ialah sejenis logam alkali,berwarna putih-silver,bersimbol kimia Li , dan mempunyai nombor atom 3.Di dalam keadaan standard,ia merupakan logam paling ringan dan logam yang paling kurang ketumpatannya.Tapi sayangnya logam ini sangat reaktif (biasa lah,logam alkali -_-") dan ia sedia bertindak balas dengan air,sebab tue apabila manusia memerlukan logam yang ringan (untuk housing elektronik,cth:handphones),alloi logam magnesium digunakan.Hal ini kerana logam magnesium ialah logam yang paling ringan yang tidak terlalu reaktif,dan praktikal digunakan.

Kerana sifat reaktif yang tinggi juga lah lithium ni selalu disimpan di dalam minyak mineral/paraffin oil.Apabila terdedah kepada udara atmosfera,ia akan membentuk lapisan luar yang mengandungi lithium oksida,lithium karbonat,lithium hidroksida dan lithium nitrid.


gambar logam lithium

Ia sendiri ialah logam paling keras dalam kalangan logam alkali,walau bagaimana pun ia masih boleh dipotang dengan menggunakan pisau.Takat leburnya ialah 180.54 darjah celcius.Rendah di dalam kalangan logam tetapi yang tertinggi di dalam kalangan logam alkali.Takat didihnya pula ialah 1342 darjah celcius.Mempunyai ketumpatan 0.534g/cm kubik,lebih kurang 50% kurang tumpat dari pada air.Ianya ialah logam paramagnetik.Ia di isolasikan (ekstrak) oleh William Thomas Brande pada tahun 1821 dengan menggunakan elektrolisis.

Untuk orang2 biasa macam kita ni ada gak caranya untuk dapatkan logam lithium,daripada batteri energizers ultimate lithium.Terdapat perbezaan dalam batteri lithium dan batteri lithium ion.Baca label betul2 ek!
batteri lithium menggunakan logam lithium sebagai salah satu elektrodnya manakala batteri lithium ion menggunakan sebatian lithium sebagai elektrolitnya,maknanya tiada logam lithium di dalamnya.

Cara-cara mengekstrak logam lithium daripada batteri energizers ultimate lithium di atas:


Untuk info selanjutnya,sila lihat bahan di bawah:



2 comments:

Anonymous said...

かわいいピンクのウサギ... WWWW

kuro96inlaila said...

それはあまりにもサングラスを着用しています!