Pages

Sunday, May 1, 2011

Logam Alkali,makhluk ape tuh?

Hari ni ingat nak citer pasal logam alkali la.Makhluk ape diorang ni sebenarnya?Logam alkali ataupun nama lainnya "Elemen kumpulan 1" ni adalah nama kumpulan untuk 7 elemen.Elemen pon ade kumpulan ke?mesti la ada!

Walaupun Hydrogen ni termasuk dalam kumpulan logam alkali (elemen kumpulan 1),ia sangat jarang menunjukkan "perangai" yang hampir sama dengan logam alkali.Walau bagaimana pun,pada suhu dan tekanan yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat tinggi,ia akan bertukar rupa menjadi seakan-akan logam.

Kalau nak tengok logam alkali dalam carta berkala,mereka ialah golongan menegak yang paling kiri sekali di dalam carta tersebut.Mereka (logam alkali) ialah, Litium,Natrium/Sodium,Kalium/Potassium,Rubidium,Caesium dan Francium.

Logam litium


Logam natrium


Logam kalium


Logam rubidium


Logam caesium

Mereka ialah contoh paling baik untuk mendemonstrasikan perangai di dalam carta berkala dimana elemen yang berada di dalam petak menegak yang sama akan mempunyai perangai yang sama,dan perangai ini akan menjadi semakin kuat,kecuali kumpulan halogen yang kekuatannya menurun apabila kita memerhati elemennya dari atas ke bawah.

Cara yang paling senang untuk demo ini ialah,campakkan mereka ke dalam air!
Semua logam alkali akan bertindak balas dengan air,dan reaksi semakin ganas apabila kita menurun ke ahli kumpulan yang lain.
Logam litium akan berbuih melepaskan gas hidrogen.Logam natrium akan mencair,mendesis di atas air dan melepaskan hidrogen yang selalunya akan terbakar akibat haba yang terhasil dari tindak balas mereka,dan selalunya akan meletup,kadang-kala ia habis tanpa letupan.Logam kalium pula akan mendesis melepaskan gas hidrogen serta mencair dan jarang sekali tidak meletup :D!
Logam rubidium pula meletup dengan ganas.
Akhir sekali,logam caesium pula terlalu ganas letupannya.
Semua dari hasil reaksi di atas akan menghasilkn larutan logam alkali hidroksida,di mana hidroksida mereka ini beralkali.Itu sebab mereka dipanggil logam alkali.

P/S:Logam Francium terlalu reaktif sehinggakan ia terurai dalam masa yang singkat,jadi,dengan teknologi zaman sekarang ni,adalah mustahil untuk mendapatkan sejumlah logam francium yang berguna,walaupun untuk ujikaji yang kecil.

Semakin menurun di antara ahli kumpulannya,semakin kuat daya reaktifnya.
Malah,kumpulan logam alkali ini ialah antara 2 kumpulan terkuat antara semua elemen,di mana kumpulan yang lain tersebut ialah halogen.Kerana kekuatan rektivitinya yang melampau,elemen logam alkali ini tidak dijumpai di alam sekitar.Logam alkali didapati melalui mengelektrolisis sebatian mereka yang boleh didapati di alam sekitar.

Dan kerana kereaktifan ia juga mereka perlu disimpan di dalam minyak mineral untuk menghentikan reaksi mereka dengan udara.

Video yang best untuk menunjukkan kekuatan reaktiviti menurun dari kumpulan tersebut:


Hebat kan?

Logam alkali semuanya mempunyai 1 elektron di dalam lingkaran elektron mereka yang paling luar.
Mereka juga mempunyai tahap lebur yang rendah,ketumpatan yang rendah dan mereka semua boleh dipotong dengan pisau.Semakin kita menurun kumpulan tersebut,semakin lembut logam alkali itu.

Lain hari kita cerita cheritera mereka satu2 pulak ye!

3 comments:

Mar Yanie said...

mak ai..belajar kimia le saya ni pepagi buta..:P

Anonymous said...

毒の金属...慎重に...

kuro96inlaila said...

It is not really that dangerous,just have to handle it with care.