Pages

Wednesday, December 1, 2010

Karat,besi oksida?

Sebelum kita melangkah jauh,perlu  diketahui bahawa besi adalah sejenis logam,yang mempunyai formula kimia Fe,sementara logam pula ialah elemen yang tergolong dalam kumpulan logam peralihan,lantanoid,aktinoid,logam miskin,logam alkali dan logam alkali bumi.



Karat,pe ke bendenye tue?kalo besi dibiarkan terdedah kepada air dan udara,maka ia akan mula berubah kepada habuk-habuk berwarna coklat,kan?Pernah tertanya tak ape ke bende sebenarnya karat ni?
Jom kita explore!

Karat sebenarnya ialah besi (III) oksida,atau lebih tepat lagi campuran antara besi (III) oksida dan besi hidroksida,ini kerana wujudnya lembapan di dalam udara yang menyediakan ion OH-.


Gambar diatas ialah besi (III) oksida gred makmal.Besi oksida ini sedia larut di dalam asid,terutama asid kuat seperti asid hidroklorik dan asid sulfurik.Tue salah satu sebab orang jaga keris lumurkan air limau kat keris,supaya karat kat keris tue hilang.Tetapi ada petua yang membiarkan karat pada keris tue,bertujuan agar tikaman lebih "berbisa".

Apabila dicampurkan karat/besi oksida dengan aluminium ,akan menjadi salah satu campuran termit,yaitu proses reduksi logam oksida menggunakan logam yang lebih reaktif dari logam yang memegang oksigen di dalam logam oksida,selalunya aluminium.Campuran ini memerlukan cara khas untuk menghidupkannya,dan apabila terbakar,boleh mencapai 2500°C:

2 Al + Fe2O3 → 2 Fe + Al2O3

Campuran ini selalu digunakan untuk mengimpal landasan kereta api.

Besi oksida juga digunakan untuk menghasilkan besi tulen,melalui reduksi dengan karbon atau hidrogen.
Tetapi dalam industri mereka menggunakan reduksi karbon kerana lebih jimat dan selamat.

Bahan ini juga digunakan sebagai bahan pengilat,selalunya dalam industri barang kemas.
Selain itu ia juga digunakan sebagai pigmen.

Mentang-mentang bercerita pasal besi ni,nak citer sket,tahu kah anda bahawa anda boleh mengeluarkan besi melalui bijiran sarapan pagi atau makanan sepertinya?

Caranya begini:
1.Pegi supermarket cari bijirin  yang paling tinggi kandungan besi/zat besi/iron.
p/s:kalau jumpa bagitau saya ek!nak tau gak jenama mana paling banyak kandungan zat besi

2.Hancurkan bijirin tue sehalus-halusnya,rendam dalam gelas dengan air panas selama setengah jam.

3.Amik magnet,kalau boleh magnet jenis neodymium,contohnya magnet hard-disk.kalau tak ada magnet biasa pon boleh,cuma menganbilmasa yang agak lama.Letakkan magnet di tepi gelas dan kacau selama 5 minit (mungkin lebih lama!).

4.Lihat besi yang telah anda keluarkan dari bijirin itu!
   Percaya tak ade besi dalam makanan kita?

Cuma eksperimen ini tak selalunya jadi ketika pertama kali kita membuatnya,cuma teruskan berusaha!
itulah cara sainstis,bangkit dari kemusnahan!

Salam!

3 comments:

Anis izyan Abd Rahman said...

ooh la la~~~
sy mmg percaya ade besi dlm badan
kalau tak de besi
darah tak jalan~~
huhu

faizalnizam said...

zat besi tu besi la yer??
can learn some chemistry here. good blog.

kuro96inlaila said...

anis:nnti sye ingat nak citer pasal kandungan logam dalam darah!

fyzal:yup!zat besi tue la logam besi,kadang-kadang dekat nutrition info dye tulis iron/ferum!