Pages

Tuesday, December 14, 2010

Besi dan kuprum,apa kaitannya dengan darah?

Firstly kita kena mengenal darah,darah ialah salah satu cecair yang ada di dalam badan.Ia terdiri daripada plasma,protein,hormon,glukos,ion mineral,carbon dioksida,platelet dan sel darah merah.

Dalam sel darah merah terdapat satu bahan yang dinamakan haemoglobin,iaitu protein yang mengandungi atom besi.Ia akan membawa oksigen dengan mengikatkan dirinya dengan oksigen.
Darah haiwan bertulang belakang akan menjadi merah terang jika dioksigenkan.

Tetapi berlainan pula dengan krustasia dan moluska,mereka menggunakan haemocyanin berbanding menggunakan haemoglobin untuk menghantar oksigen ke badan mereka.Haemocyanin ialah protein yang mengandungi atom kuprum.Jika dalam keadaan tak dioksigenkan,haemocyanin berwarna jernih manakala apabila dioksigenkan berwarna biru terang.

Sebab tue darah belangkas berwarna biru,
Pernah tengok tak?
Hm,macam mana la kalau kita elektrolisiskan darah belangkas ni?
Agak-agak keluar kumprum tak?
hahaha!

Tetapi kebolehan haemocyanin membawa oksigen kurang hebat daripada haemoglobin,
kalau manusia lumba lari dengan ketam,
kompem manusia menang,
sebab sampai satu masa nanti,
ketam akan pitam sebab tak dapat oksigen,
Hm,butter-grilled crab?
hahaha!

Ini la kaitannya logam kuprum dan besi dalam metabolisme badan hidupan!
Kat pokok lain ye!
Ade masa kita cerita pasal pokok lak!

Assalamu'alaikum!

0 comments: