Pages

Thursday, October 7, 2010

Allyl acetate

Kawanku fatin zalila ade request citer pasal kimia organik,tapi xtau nak start dari mana.....so,Let start with allyl acetate!: 

Allyl acetate atau nama IUPACnya,2-propenyl acetate ialah sebatian organik,formula kimia;  C3H5OC(O)CH3.Ia adalah ester asetat alkohol allil.

Allyl acetate dihasilkan pada peringkat industri dengan cara menindak balaskan gas propene dengan asid asetik bersama kewujudan pemangkin palladium:

C3H6 + CH3COOH + ½ O2 → CH2=CHCH2OCOCH3 + H2O

Cara ini digunakan kerana gas propene murah dan mesra alam.Alkohol allil juga dihasilkan melalui proses hidrolisis allyl chloride.Tetapi cara menghasilkan alkohol allil melalui allyl acetate lebih disukai kerana tidak melibatkan klorin ketika proses hidrolisis (dalam allyl chloride).

Allyl acetate boleh dihidrolisiskan kepada alkohol allil:

CH2=CHCH2OCOCH3 + H2O → CH2=CHCH2OH + CH3COOH

Alkohol allil degunakan untuk membuat pelbagai polimer istimewa,alkohol allil juga boleh digunakan untuk membuat glycerine.Proses pengeksposidan alkohol allil  dengan hidrogen peroksida memberi glycidol,yang akan melalui proses hidrolisis menjadi glycerine:


CH2=CHCH2OH + HOOH → CH2OCHCH2OH + H2O
CH2OCHCH2OH + H2O → C3H5(OH)3


Properties
Molecular formulaC5H8O2
Molar mass100.12 g mol−1
AppearanceColorless liquid
Density0.928 g/cm3
Boiling point103 °C, 376 K, 217 °F

0 comments: