Pages

Monday, September 27, 2010

Silver nitrate/Perak nitrat

Meh kita citer sikit pasal Perak nitrat (Silver nitrate) nieyh,

Perak nitrat adalah sebuah sebatian yang mempunyai formula kimia AgNO3 .Sebatian ini selalu menjadi sebatian asas dalam membuat sebatian perak yang lain.Perak nitrat jauh lebih tahan kepada cahaya berbanding sebatian perak halida.Nama lamanya ialah kaustik luna.

Pada abad ke 13,Albertus Magnus menerangkan kebolehan asid nitrik memisahkan emas dan perak dengan cara melarutkan perak.

Perak nitrat dapat diperbuat dengan menindak balas logam perak dengan asid nitrik:

Ag + 2 HNO3AgNO3 + NO2 + H2O

Reaksi ini perlu dibuat di dalam kebuk wasap atau di luar kerana ia menghasilkan nitrogen dioksida yang beracun.

Larutan perak nitrat bertindak balas dengan logam kuprum membentuk kristal perak yang rapuh(tetapi boleh dicairkan untuk mendapatkan ketulan perak:

2 AgNO3 + Cu → Cu(NO3)2 + 2 Ag

Perak nitrat terurai apabila dipanaskan:

2 AgNO3 → 2 Ag + O2 + 2 NO2

Biasanya nitrat logam akan terurai kepada logam oksida,tetapi memandangkan tahap suhu  penguraian perak oksida lebih rendah daripada tahap suhu penguraian perak nitrat,
proses ini membentuk logam perak daripada membentuk perak oksida.

Perak nitrat digunakan untuk menguji kehadiran ion klorida,sebagai ejen anti-kuman,fotografi,
silver staining,dan ubat-ubatan.

Larutan perak nitrat boleh menggelapkan warna kulit buat sementara,sebelum warna tersebut terkopak dari kulit tanpa kesakitan.
Perak nitrat juga beracun dan menghakis:

http://www.youtube.com/watch?v=ofqW-1eBB4o


Maklumat tambahan:

1.Jisim molar:169.87 g mol
2.Ketumpatan:4.35 g/cm3
3.Tahap lebur:212 °C
4.Tahap didih:444 °C (terurai)
5.Rating NFPA 704:Flamability:0,Health:2,Reactivity:3,Special rating:pengoksida
Sebatian ini dikatakan sebatian termurah daripada sebatian perak yang laen,tapi aku beli perak nitrat 100g jenama bendosen je pown dah RM35..........

1 comments:

afifah said...

fuuyyoohhh.....
da bole komen ahh.. hehe
emmm gud job...

bebalik pd topik,, hahah aq ta phm lgsg bnde yg ko tulis... aq nh lmah sket psl kimia2 nh..
tpi,,, ko mmg pndai....!! tujelah komen aq...
heheh
sekian..... :D!!!!