Pages

Wednesday, September 29, 2010

Mengenal Unsur & Sebatian

Unsur ialah bahan kimia tulen yang terdiri dari satu jenis atom yang sama.Atom ini boleh dikenali dengan nombor atomik dan susunan elektronnya.Unsur tidak boleh dihancurkan,dihuraikan.Ia tidak boleh ditukarkan kepada bahan yang lain kecuali dengan menggunakan kaedah yang istimewa.Ia terbahagi kepada beberapa kumpulan:

1.Logam alkali
2.Logam alkali bumi
3.Logam peralihan
4.Lantanid
5.Aktinid
6.Logam lemah
7.Metaloid
8.Bukan logam
9.Halogen
10.Gas nadir

Manakala sebatian pula merujuk kepada molekul yang terdiri daripada 2 atau lebih unsur yang berlainan yang terikat secara kimia.Ia boleh jadi seringkas seperti natrium klorida,mengandungi atom natrium dan klorin,dan boleh juga menjadi serumit biru alsian,mengandungi 56 atom karbon,68 atom hydrogen,16 atom nitrogen,4 atom sulfur,4 atom klorin dan 1 atom kumprum.Gambar molekul biru alsian:
Besar kan?hehehe....tetapi ini bukanlah molekul terbesar dalam kalangan bahan kimia......ade yang lagi besar.


Berbalik kepada cerita,untuk memahami sesebuah sebatian,anda perlu mengetahui sebatian itu terdiri daripada unsur apa (memahami unsur),memahami sifat-sifat sebatian itu sendiri (memahami sebatian) dan mengetahui bagaimana sesebuah sebatian itu dinamakan (IUPAC nomenclature).
Ini kerana sesetengah sebatian akan mengikut sifat2 unsur yang terkandung dalam mereka,sebagai contoh:Platinum adalah logam yang tidak reaktif,ia tidak akan larut dalam mana-mana asid kecuali aqua regia.Kebanyakan sebatian platinum senang terurai kepada logam platinum kerana sifatnya yang suka "menyendiri".Begitu juga dengan atom kalium,unsurnya sangat reaktif,jadi sebatiannya stabil kerana kekuatan penarikan ikatan kimianya (karbonat logam peralihan selalu terurai menjadi logam oksida atau logam dengan melepaskan karbon dioksida apabila dipanaskan,tetapi lain yang berlaku kepada kalium karbonat,ia stabil kepada haba).Tetapi harus diingatkan,sebatian boleh menjadi sangat lain sifatnya walaupun hanya satu atom berubah,contohnya:kalium nitrat,KNO3,ia selalu digunakan sebagai pengawet makanan, tetapi sedaranya kalium nitrit,KNO2,lebih beracun daripadanya.



Anda lihat jadual dibawah bagaimana?


Hanya huruf yang disusun dengan nombor didalam kotak kan?Tetapi untuk memahami jadual berkala ini,lihatlah ia seperti anda melihat gambar keluarga yang besar cukup dengan atuk,nenek dan cucu2 nya.......
Golongan logam alkali sebagai golongan panas baran (kerana tindak balasnya dengan air),golongan gas nadir menjadi saudara2 yang tidak banyak bercakap dan emo....hahaha.Dan golongan radioaktif sebagai mereka yang mempunyai kuasa psychic (kerana ia terurai kepada elemen yang lebih stabil dengan melepaskan tenaga gelombang alpha,beta atau gamma).

Dengan ini kita boleh memahami dengan lebih mendalam tetang unsur2 ini.Layanlah sesebuah unsur sebagai seseorang manusia,kita mempelajari sifat2nya sebagaimana kita mengenali seseorang itu,memahami perangainya........Selepas betul2 mengenali seseorang itu,baru kita boleh ramal macam mana sifat2 pasangan yang mereka suka.Seperti itu jugalah kita boleh memahami sebatian dengan lebih mendalam.

Selain dari itu,kita juga perlu memahami bagaimana sebatian itu dinamakan,dari nama kita boleh terbayang bagaimana komposisi sebatian itu serta sifat2 nya.
Sebagai contoh:kumpulan alkohol akan berakhir dengan suffix ol,seperti methanol,ethanol,tetradecanol,octadecanol.Mereka semua terdiri daripada kumpulan alkyl dan kumpulan 
-OH .Jikalau suffix sesebuah sebatian tidak organik itu "at" (ate),tentu ada molekul oksigen terikat bersama, contohnya:kalium sulfat,K2SO4, dengan kalium sulfid,K2S.Dari suffixnye kita leyh tau komposisinya.
Banyak lagi hal tentang nama sebatian ini untuk memahaminya,bolehlah cari sendiri,tak susah pon.

Lagi satu,kena rajin2 la baca pasal sesebuah sebatian untuk mengetahui sifat2nya,kerana dengan mengenali komposisinya,namanya tidak akan menunjukkan kesemua sifat2nya.......Ia cuma membantu kita memahami sebatian tu dengan lebih baik.

0 comments: